Terengganu Beri Restu Nik Akif Beraksi Bersama kelantan United Selepas Jadi Rebutan Banyak Kelab Tempatan

Teka teki destinasi terbaharu pemain tengah kreatif, Nik Akif Syahiran akhirnya terjawab apabila beliau kini bakal beraksi bersama Kelantan United dalam baki saingan Liga Premier 2022 selaku pemain pinjaman.

Sebelum ini, Akif beraksi bersama Terengganu di saingan Liga Super dan kurang memberi impak positif sepanjang diberi peluang beraksi menyaksikan beliau ingin dipinjamkan kepada kelab-kelab lain.

Perpindahan secara pinjaman itu juga menyaksikan pemain tersebut kini kembali semula ke negeri kelahirannya semula iaitu Kelantan setelah kali terakhir beliau beraksi di sana pada tahun 2018 bersama kelab TRW Kelantan.

Perpindahan tersebut terhasil setelah kedua kelab tersebut mencapai keputusan positif hasil daripada perbincangan dibuat pada saat akhir untuk memberi ruang Akif menyarung jersi Kelantan United.

Menurut Sabri Abas selaku Ketua Pegawai Operasi TFC Sdn Bhd, pada asalnya Akif ingin diletakkan dalam skuad Terengganu II yang beraksi di saingan Liga Premier, namun keputusan akhir menyaksikan pemain muda tersebut bakal menyertai kelab lain selaku status pinjaman.

“Bagaimanapun rundingan pada saat akhir dengan pengurusan kelab KUFC itu sebelum jendela kedua perpindahan pemain ditutup pada 24 Jun menghadirkan keputusan positif dan kita dengan hati terbuka melepaskan pemain itu.

“Tapi kita lepaskan Nik Akif secara pinjaman kepada kelab berkenaan sehingga berakhirnya kancah Liga-M pada November 2022, selepas itu pemain ini akan kembali semula bersama pasukan TFC.

“Kita harapkan Nik Akif gembira bersama KUFC selain mengharapkan pemain itu dapat membantu skuad berkenaan dalam kempen Liga Perdana dan juga Piala Malaysia musim ini,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Untuk rekod musim ini, beberapa kelab lain pernah menyuarakan hasrat untuk mendapatkan khidmat Akif dalam pasukan mereka.

Antara berminat mendapatkan Akif ialah Sri Pahang, Negeri Sembilan, serta Penang yang beraksi dalam saingan Liga Super sewaktu jendela kedua perpindahan pemain dibuka lalu.

Walaupun kelab-kelab tersebut berminat, tiada persetujuan positif dapat dicapai untuk perpindahan pemain tersebut sebelum bersetuju untuk beraksi bersama Kelantan United selaku status pinjaman.

Dalam masa sama, Terengganu juga dilihat mengekalkan penyerang tempatan mereka iaitu Arif Anwar selepas mengesahkan pemain tersebut tidak akan berhijrah ke PDRM dalam saingan Liga Premier atas beberapa faktor.

“Mengikut perancangan awal, Muhammad Arif bakal dipinjamkan kepada pasukan PDRM FC, namun disebabkan beberapa perkara, pemain itu kekal di sini dan akan menyarung jersi pasukan TFC II,” katanya Mohd Sabri.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN