Impian Hamidin Kali Ini Mahu Melihat Malaysia Tewaskan Vietnam

Masih segar dengan kejayaan Malaysia melayakkan diri ke Piala Asia 2023, rata-rata penyokong Harimau Malaya kini memasang pelbagai impian untuk melihat kejayaan seterusnya yang bakal diberi oleh anak-anak buah Kim Pan-gon.

Tampil dengan corak permainan yang sangat menarik bersama kejutan dilakar sepanjang aksi kelayakan sebelum itu, pastinya lebih banyak kejayaan diharapkan oleh para peminat selepas ini.

Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin juga antara yang memasang impian tersendiri apabila beliau berharap agar skuad kebangsaan mampu untuk membenam Vietnam pada masa akan datang.

Menurut Hamidin, selepas melihat sepanjang aksi yang ditampilkan oleh skuad negara sebelum itu, beliau optimis pasukan kebangsaan mampu untuk melakar kejayaan berdepan Vietnam.

“Saya masih lagi kalau boleh nak kalahkan Vietnam, itu salah satu saya punya impian.

“Saya pun tak tahu macam mana kita boleh kalah (di tangan Vietnam), dan saya tahu pasukan Malaysia boleh kalahkan mereka, dan juga dengan Bahrain.

“Tapi kadang-kadang tak ada rezeki masa itu, atau kita belum cukup bagus. Jadi kita akan ada beberapa kaedah untuk kita lalui dan Piala AFF (hujung tahun) ini, kita akan ada lagi misi sebelum bulan sembilan untuk kita buat aksi persahabatan,” katanya menerusi Arena Metro.

Untuk rekod membabitkan pertemuan antara Malaysia dan Vietnam sejak tahun 2018, nyata skuad kebangsaan gagal untuk membenam cabaran pasukan kendalian Park Hang-seo apabila daripada enam perlawanan kedua negara ini, Malaysia hanya mampu melakar satu keputusan seri selain tewas dalam empat lagi aksi.

Apa yang diimpikan oleh Hamidin jelas bukan suatu yang mustahil untuk dilakar oleh skuad kebangsaan berdasarkan prestasi semasa dipamerkan kebelakangan ini.

Malaysia muka mengalami perubahan dalam corak permainan sejak perlawanan persahabatan pertama tahun ini yang dipimpin oleh Pan-gon di Singapura ketika berdepan Filipina dan tuan rumah.

Skuad negara juga meneruskan kecemerlangan dalam permainan mereka ketika dua siri persahabatan menentang Brunei Darussalam dan Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebelum tampil melakar kejutan untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2023.

Untuk rekod skuad kebangsaan sejak dikendalikan oleh jurulatih dari Korea Selatan itu, Malaysia mencatat lima kemenangan dan dua kekalahan daripada tujuh perlawanan dihadapi.

Lebih manis, ranking skuad negara juga meningkat dengan mendadak daripada kedudukan 154 kepada 147 dunia untuk mempamerkan buat negara lain Malaysia sudah pun berubah.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN