Terengganu Bakal Dapat Sentuhan Pertahanan Naturalisasi Pertama Musim 2023

Terengganu yang kini dalam misi mempersiapkan pasukan untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2023 dilihat bakal mendapat tonik baharu dalam barisan para pemain.

Sebelum itu, pasukan tersebut sah melepaskan semua barisan pemain import mereka untuk musim 2022 dengan hanya mengekalkan satu pemain sahaja iaitu Habib Haroon.

Antara pemain import baharu yang sah menyertai pasukan tersebut untuk musim hadapan ialah Sony Norde, Adisak Kraisorn, serta terkini ialah Sardor Kulmatov.

Terbaharu, mereka juga bakal diperkuatkan dengan pemain naturalisasi yang beraksi di posisi pertahanan musim lalu selaku status import bersama Terengganu II.

Pemain tersebut ialah Argzim Redzovic yang berasal dari Montenegro dan pernah mewakili PDRM pada tahun 2018 untuk awal karier beliau dalam saingan Liga-M.

Perkara tersebut disahkan sendiri menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu (CEO) iaitu Ab Rasid Jusoh yang menyatakan pihak pasukan telah pun menghantar permohonan tersebut.

Sehingga kini, status Argzim dikhabarkan masih lagi dalam proses dan menunggu keputusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebelum didaftarkan sebagai pemain tempatan musim hadapan.

Tambah Ab Rasid, Argzim bakal menjadi pemain naturalisasi pertama untuk Terengganu yang akan bersama mereka bagi membawa cabaran dalam saingan Liga-M serta kejuaraan AFC.

“Perkara ini (proses naturalisasi) telah kita bawa ke Jabatan Imigresen dan saya yakin ia dalam proses kerana pasti mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.

“Daripada segi kelayakan dia (Redzovic) sudah cukup tempoh selama lima tahun beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) untuk menjadi pemain naturalisasi bermula dengan menyarung jersi pasukan PDRM pada 2018 dan 2019 sebelum berhijrah bersama pasukan TFC II sehingga musim lalu.

“Lagipun dia berkahwin dengan gadis tempatan, jadi di situlah ada kekuatan kepada kita untuk berusaha bagi memastikan pemain itu mendapat status naturalisasi sekali gus boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan,” katanya menerusi Arena Metro.

Untuk rekod, sehingga kini Malaysia telah mempunyai lima pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh, Guilherme de Paula, Liridon Krasniqi, Sergio Aguero, serta Lee Andrew Tuck.

Kemasukan Argzim bakal memberi manfaat terbaik buat skuad kebangsaan, selepas mereka masih lagi belum mempunyai pemain naturalisasi yang beraksi di posisi pertahanan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN