Kebilal Markless Juara Liga Super, Besut FA Ungguli Liga Perdana Bagi TAL2017

Terengganu Amateur League (TAL2017) memasuki minggu ke-9 yang merupakan minggu terakhir liga sebelumsaingan pasca liga (play-off) dimulakan.

Liga Super

Ia merupakan satu kegembiraan buat pasukan Kebilal Markless apabila mereka berjaya dinobatkan sebagai juara bagi Liga Super untuk TAL2017.

Kejuaraan itu dipaterikan dengan kemenangan 3-2 mereka menentang Separa Elit.

Khairul Hafizan muncul wira apabila menjaringkan gol untuk Kebilal Markless dengan jaringan pada minit ke-22 dan juga minit ke-34.

Muhammad Mustaqim menjaringkan gol untuk Separa Elit pada minit ke-65 namun gol dari Muhammad Danial pada minit ke-69 memberikan kemenangan kepada Kebilal Markless.

Separa Elit memperoleh gol sagu hati menerusi Amierul Hakim pada minit ke-79.

Ia merupakan kejayaan yang cukup bermakna buat Kebilal Markless selepas berjaya menamatkan saingan Liga Super di tangga teratas dengan 20 mata – 2 mata dihadapan pencabar terdekat iaitu Island FC.

Manakala bagi Separa Elit pula ia merupakan kempen yang harus dilupakan mereka apabila mereka menduduki tangga tercorot dengan mengumpul 6 mata dari 9 perlawanan.

Berikut merupakan keputusan lain bagi aksi ke-9 Liga Super TAL2017:

  • Perkasa Alam 1-1 PBSMT-Lanjerket (Fairuz Shah ’13/Ahmad Haffizi ’36)
  • UMT-Pemanis FC 1-0 Gemuda FC (Ismail Ahmad ‘5)
  • Island FC 4-0 TFFC (Fariz Izzudin ‘8, Muhammad Hazim ’60, Tuan Borhan ’73, Iskandar Redzuan ’75)
  • CND FC 5-2 Delima Warriors (Mohammad Rozaimi ’17 ’30, Faiz Muzzamir ’55, Muhammad Halimi ’60, Muhammad Zulhairi ’63/Hishamuddin ’20, Luthfi Al-Rauf ’65)

Liga Perdana

Liga Perdana menyaksikan Besut FA berjaya merangkul kejuaraan selepas berkelebihan dari segi jumlah jaringan untuk merampas kejuaraan dari Real Chukai.

Mereka merangkul kejuaraan selepas memperoleh 17 mata namun mempunyai kelebihan 2 gol berbanding Real Chukai yang turut memperoleh 17 mata untuk menduduki tempat kedua liga.

Pada hari terakhir liga, Besut FA diikat 3-3 oleh pasukan Ayahanda FC.

Che Mohd Hakimi meletakkan Ayahanda FC dengan jaringan pada minit pertama perlawanan sebelum Norsyazwan Safwan meletakkan Besut FA setara dengan jaringan pada minit ke-3.

Muhammad Syariff meletakkan Besut FA di hadapan dengan jaringan pada minit ke-29 dan gol ketiga menyusul menerusi  Syahid Azrai pada minit ke-33.

Ayahanda FC belum lagi mengalah. Mereka menjaringkan gol kedua mereka menerusi Muhammad Fikri pada minit ke-40 dan menyamakan kedudukan menerusi Hanif Ifdzal pada minit ke-68.

Malang menimpa Ayahanda FC apabila gagal menyempurnakan penalti pada minit ke-88 yang menafikan mereka dengan kejuaraan Liga Perdana TAL2017.

Berikut merupakan keputusan lain bagi aksi minggu ke-9 bagi Liga Perdana TAL2017:

  • Curve FC 0-3 Real Chukai (kemenangan percuma diberikan kerana Curve FC tidak hadir ke perlawanan)
  • ETE FC 0-2 Pikat FA (Alif Edrie ’40, Mohd Shamil ’72)
  • Young Titans 2-0 BGD FC (Ahmad Firdaus ‘7, Tuan Muqris ’10)
  • BTK FC 5-1 Sixma FC (Muhammad Hanafi ’45 ’62, Muhammad Firdaus ’84, Tuan Farizuwan ’87 ’90/Muhammad Hakim ’66)

Kini disertakan pula dengan kedudukan akhir Liga Super dan Liga Perdana bagi TAL2017:

Liga Super

Liga Perdana

Apa lagi selepas liga?

Saingan pasca liga akan dilangsungkan dengan format seperti aksi play-off di liga Major League Soccer (MLS) mengambil tempat.

6 pasukan sudah mengesahkan tempat iaitu Kebilal Markless, Island FC, CND FC, PBSMT-Lanjerket, Besut FA dan juga Real Chukai.

2 lagi slot kini direbut oleh UMT-Pemanis FC, Gemuda FC, Pikat FA dan juga Ayahanda FC.

8 pasukan terakhir akan bermain secara kalah mati untuk mara ke separuh akhir dan juga perlawanan akhir untuk mencari juara keseluruhan TAL2017.

Jutaan tahniah buat Kebilal Markless dan juga Besut FA yang menjadi johan buat liga masing-masing!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN