Saingan Terengganu Amateur League (TAL2017) memasuki minggu ke-4 dengan tekanan semakin memuncak buat pasukan di kelompok bawahan untuk mendapatkan mata untuk terus mengejar pasukan atasan.
Liga Super
Aksi Liga Super menyaksikan hanya 1 gol sahaja yang dicatatkan dari perlawanan diantara Gemuda FC menentang Delima Warriors.
Gol tunggal oleh Syawal Samsudin pada minit ke-40 sudah cukup memberikan 3 mata buat Gemuda FC.
Sementara itu, 6 pasukan terpaksa berkongsi 1 mata antara mereka semua selepas 3 perlawanan Liga Super berakhir dengan keputusan seri.
Island FC diikat oleh UMT-Pemanis FC 1-1 selepas gol Muhammad Al-Imran untuk UMT-Pemanis FC pada minit ke-18 dinafikan oleh Muhammad Suffiyan pada minit ke-71.
Perkasa Alam pula terikat 1-1 dengan Separa Elit dengan Roslan Razali dan juga Fauzan Najwan berjaya memasuki senarai penjaring.
4 gol terhasil ketika aksi menarik diantara PBSMT-Lanjerket dengan pasukan CND FC.
Dalam perlawanan yang berakhir dengan jaringan 2-2, Ahmad Haffizi menjaringkan gol pertama PBSMT-Lanjerket pada minit ke-10.
CND FC kemudiannya bangkit dengan 2 gol menerusi Mohammad Shukri dan Mohammad Rozaimi pada minit ke-32 dan minit ke-40 untuk menjadikan keputusan 2-1.
Namun muncul Muhammad Ridhwan pada minit ke-88 untuk mencuri 1 mata buat PBSMT-Lanjerket.
Keputusan tumpuan dalam aksi Liga Super adalah melibatkan pendahulu liga – Kebilal Markless.
Mereka berjaya menumpaskan TFFC dengan keputusan besar 4-1!
Kebilal Markless mendahului menerusi jaringan sendiri pemain lawan pada minit ke-16 sebelum disamakan oleh Muhammad Azwan pada minit ke-30.
Separuh masa kedua menyaksikan penguasaan ketara Kebilal Markless apabila 3 gol lagi dihasilkan mereka.
Khairol Hafizan menjaringkan gol kedua mereka pada minit ke-58 sementara Zulkarnain Ashari menjaringkan gol ketiga pada minit ke-66.
Jaringan Zharif Fikri pada minit ke-87 melengkapkan kemenangan selesa Kebilal Markless untuk terus memimpin carta Liga Super TAL2017.
Liga Perdana
Aksi Liga Perdana tidak kurang hebatnya apabila banyak gol dihasilkan merentasi 5 perlawanan yang diadakan.
Ayahanda FC berjaya memperoleh 3 mata selepas gol minit akhir Akid Sabilla pada minit ke-83 berjaya menumbangkan Pikat FA.
Sementara jaringan tunggal Izzat Hafizie pada minit ke-71 berjaya menghadiakan Young Titans dengan kemenangan 1-0 ke atas BTK FC.
Satu lagi perlawanan yang berakhir dengan jaringan 1-0 menyaksikan Besut FA menang 1-0 ke atas BGD FC.
Gol dari Mohammad Abdullah pada minit ke-34 sudah cukup untuk melebarkan rekod kemenangan Besut FA selepas berjaya menang 4-1 ke atas Curve FC pada minggu sebelumnya.
Bercakap mengenai Curve FC, mereka terus kempunan untuk mendapatkan mata! Terbaharu mereka tewas 2-0 ditangan Sixma FC.
Amirul Hakim menjaringkan gol pada minit ke-48 dan gol dari Muhammad Rabbani pada minit ke-75 memberikan luka yang lebih parah buat Curve FC.
Keputusan tumpuan di Liga Perdana adalah aksi melibatkan ETE FC menentang Real Chukai.
Dalam perlawanan epik yang berakhir dengan jaringan 3-2 memihak Real Chukai itu, mereka terpaksa menunggu hingga ke minit akhir permainan untuk memenanginya!
Abu Bakar meletakkan Real Chukai dihadapan pada minit ke-16 sebelum Muzhaffar dan Muhammad Syarif meletakkan ETE FC bangkit 2-1 di hadapan pada minit ke-35 dan minit ke-55.
Muhammad Adhar memberikan gol penyamaan untuk Real Chukai pada minit ke-65 sebelum Izzan Syahmi muncul wira dengan gol kemenangan pada minit ke-85.
Berikut merupakan keputusan penuh aksi Liga Super dan Liga Perdana TAL2017 minggu 4:
Liga Super
- PBSMT-Lanjerket 2-2 CND FC
- Kebilal Markless 4-1 TFFC
- Perkasa Alam 1-1 Separa Elit FC
- Island FC 1-1 UMT-Pemanis FC
- Gemuda FC 1-0 Delima Warriors
Liga Perdana
- Curve FC 0-2 Sixma FC
- ETE FC 2-3 Real Chukai
- BTK FC 0-1 Young Titans
- BGD 0-1 Besut FA
- Pikat FA 0-1 Ayahanda FC
Berikut merupakan kedudukan TAL2017 di kedua-dua liga selepas 4 perlawanan:
Liga Super
Liga Perdana