Terengganu Amateur League: Batu Loncatan Untuk Pemain Muda Ke Liga Profesional

Liga komuniti atau lazimnya kita panggil sebagai liga sosial ini merupakan satu perkara yang entah macam mana, masih lagi asing dalam bola sepak Malaysia.

Kita memang ada liga rakyat, liga Dewan Undangan Negeri (DUN) dan liga anjuran FA negeri, namun begitu liga sosial anjuran golongan muda yang bergerak secara sendiri dengan idea-idea segar ini nampak seperti masih lagi asing di negara kita.

Jika di Lembah Klang, kancah liga sosial ini sungguh meriah dengan kemunculan liga-liga seperti Klang Valley League (KVL), Borneo Sosial League yang untuk warga Borneo di sekitar Kuala Lumpur & Selangor, Gardens Social League dan sebagainya.

Malah, mereka juga kini punya liga juara-juara mereka sendiri untuk pasukan liga sosial iaitu Selangor Champions League (SCL)

Baca: Selangor Champions League: Liga Juara-Juara Untuk Pasukan Liga Sosial

Kini, rakan mereka di Terengganu juga telah melakukan langkah yang sama.

Mereka kini telah melancarkan Terengganu Amateur League (TAL) sebagai permulaan bagi mewujudkan suasana liga sosial di negeri tersebut.

Piala pusingan bagi johan TAL2017. Gambar: Terengganu Amateur League

Saya sempat ke Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis pelancaran liga sosial ini.

Dalam masa yang sama, saya sempat menemu ramah ketua pegawai eksekutif TAL iaitu Zainudin bin Solahudin untuk mendapatkan info mengenai pertandingan ini.

7 sekawan

Satu perkara yang menjadi masalah di Terengganu adalah kekurangan padang bola sepak yang elok untuk permainan itu dimainkan.

Permulaan bagi TAL ini berlaku pada awal 2015 apabila 7 sekawan dengan salah satunya adalah Zainudin sendiri berbincang di kedai kopi mengenai kesuraman liga amatur di Terengganu.

Zainudin (kiri) merupakan CEO bagi TAL2017. Gambar: Terengganu Amateur League

Hasil daripada itu, mereka sepakat untuk mewujudkan TAL dan hasilnya edisi pertama pada 2015 diadakan dengan 16 pasukan mengambil bahagian.

Walaupun begitu, edisi pada 2016 tidak dapat diteruskan kerana TAL pada ketika itu mereka terpalit dengan kekangan kewangan.

Platform terbaik

Menurut Zainudin, mereka mahu menjadikan TAL sebagai sebuah liga amatur yang menjadi platform terbaik untuk para pemain memulakan langkah mereka ke tahap yang lebih tinggi.

“Liga TAL ini mempunyai had umur apabila kami menghadkan penyertaan pemain sehingga usia 25 tahun sahaja.”

“Kami ingin jadikan liga ini sebagai platform terbaik pemain untuk membina karier mereka sebelum ke Liga Malaysia.”

TAL juga menjemput pencari bakat dari seluruh negara untuk hadir melihat para pemain yang beraksi di liga ini.

Walaupun TAL merupakan liga amatur, namun mereka tetap mempunyai ciri-ciri menarik mengenai liga ini. Antaranya:

  • Skuad dihadkan untuk mendaftarkan 25 pemain dan tidak boleh ditukar sesuka hati
  • Setiap pemain perlu memakai nombor jersi yang sama sahaja sepanjang musim
  • Had umur maksimum pemain adalah 25 tahun
  • Para pemain yang bermain di Liga FAM, Liga Perdana dan Liga Super pada musim 2017 tidak dibenarkan menyertai liga ini.
  • Ia juga terpakai untuk pemain Piala Belia dan Piala Presiden 2017

Selain itu, TAL juga memperkenalkan minggu perpindahan pemain (transfer week) untuk para pasukan menukar pemain mereka.

Ia akan diadakan pada minggu ke-4 atau ke-5 liga kerana ia belum lagi diputuskan oleh pihak liga lagi.

Akan tetapi, ia pasukan tidak dibenarkan mendapatkan pemain dari pasukan yang bermain di TAL juga.

1 daerah, 1 pasukan

TAL musim 2017 ini melibatkan 20 pasukan merentasi 2 divisyen iaitu Liga Super (divisyen 1) dan juga Liga Perdana (divisyen 2).

10 pasukan yang bertanding di Liga Super merupakan 10 pasukan yang pernah beraksi di TAL 2015.

Baki 6 pasukan di TAL 2015 pula beraksi di Liga Perdana dengan baki slot liga itu ditentukan menerusi pemilihan.

Pemilihan dilakukan menerusi pencapaian lalu pasukan tersebut serta dari kawasan mana pasukan itu hadir.

Hal in kerana, TAL menerapkan gaya ‘1 daerah, 1 pasukan’ dalam liga mereka. Tujuannya adalah untuk mewujudkan pasukan liga sosial di serata Terengganu.

Real Chukai merupakan salah sebuah pasukan yang bermain di TAL2017. Gambar: Terengganu Amateur League

“Pada mulanya, kami memang mahu mewujudkan setiap pasukan di setiap daerah tetapi ada daerah yang tidak dapat menghantar pasukan.”

“Hasilnya, ada daerah yang mempunyai 2,3 pasukan dalam TAL. Namun ia tidak menjadi masalah bagi kami.”

Serta, mereka bercadang untuk mewujudkan sekurangnya 3 divisyen di TAL dalam masa-masa akan datang.

Bagi Zainudin, memang TAL mahu melihat di masa hadapan polisi ‘1 daerah, 1 pasukan’ ini akan berkembang dengan beberapa pasukan dari daerah yang sama muncul.

Pengubat masalah sosial

Di Terengganu, masalah sosial yang sering menghantui remaja di sana adalah masalah dadah dan juga lumba haram.

Oleh itu, salah satu daripada matlamat penubuhan TAL ini adalah untuk ‘mengubat’ masalah sosial dalam kalangan remaja di Terengganu.

“Kami berharap dengan kewujudan TAL ini, sekurang-kurangnya remaja di sini dapat meluangkan masa bermain atau hadir menonton perlawanan yang diadakan.”

“Sekurang-kurangnya, mereka ada perkara yang lebih baik untuk dilakukan berbanding melakukan aktiviti yang membuang masa.”

Pengubat masalah sosial

Bagi TAL, mereka berharap kewujudan liga ini bakal memberikan banyak kesan positif kepada bola sepak Terengganu serta budaya di negeri itu sendiri.

Semestinya, mereka mengharap agar liga ini bakal menjadi batu loncatan bagi para pemain untuk naik ke tahap yang lebih tinggi dalam karier profesional mereka.

Selain itu, mereka juga berharap agar TAL mampu mencipta semula kemeriahan bola sepak amatur di negeri tersebut.

Dalam masa yang sama, mereka juga bercita-cita dapat menundukkan masalah sosial yang berlaku di Terengganu menerusi penganjuran TAL.

Di Terengganu, masalah sosial yang sering menghantui remaja di sana adalah masalah dadah dan juga lumba haram.

Oleh itu, salah satu daripada matlamat penubuhan TAL ini adalah untuk ‘mengubat’ masalah sosial dalam kalangan remaja di Terengganu.

“Kami berharap dengan kewujudan TAL ini, sekurang-kurangnya remaja di sini dapat meluangkan masa bermain atau hadir menonton perlawanan yang diadakan.”

“Sekurang-kurangnya, mereka ada perkara yang lebih baik untuk dilakukan berbanding melakukan aktiviti yang membuang masa.”

Diterima umum

Kehadiran TAL ini menurut Zainudin telah mendapatkan hasil yang positif dari rakyat Terengganu sendiri.

“Kami berasa gembira kerana TAL diterima dengan penuh positif oleh penyokong dari Terengganu.”

“Ia juga dibuktikan dengan kehadiran ketika perlawanan akhir TAL pada 2015, kami berjaya mendapatkan kehadiran penonton seramai lebih 200 orang.”

TAL2017 sendiri berjaya mendapat sokongan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu, T-Team dan juga Terengganu FA untuk melaksanakan liga ini.

Selain itu, beberapa lagi pihak telah berkerjasama untuk menjadi penaja liga dengan Norlan United merupakan penaja utama TAL2017.

Kehadiran TAL2017 menambahkan lagi kemeriahan bola sepak Terengganu dengan anak muda berpeluang untuk menyertai sama ada sebagai pemain atau penyokong kepada pasukan yang bertanding.

Ia merupakan peluang untuk bermula semula untuk memeriahkan kembali liga tempatan yang sering suram di negeri tersebut.

Semoga berjaya dan sokonglah Terengganu Amateur League!

Nota: Ikuti perkembangan terkini Terengganu Amateur League dengan ke laman Facebook mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN