Selangor Champions League: Liga Juara-Juara Untuk Pasukan Liga Sosial

Sama ada kita sedar atau tidak. Selain daripada Liga Super dan Liga Perdana, banyak liga-liga sosial yang tumbuh mekar ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Liga-liga sosial ini semuanya muncul hasil usaha sendiri rakyat dan peminat bola sepak di negara kita yang mahukan bola sepak diadakan dengan sistem dan landskap yang teratur.

Terbaru yang menjadi tumpuan di media-media sosial adalah Liga Juara-Juara Selangor atau lebih dikenali sebagai Selangor Champions League (SCL).

SCL merupakan satu kejohanan ala kejohanan kelab di peringkat benua seperti yang dilakukan oleh AFC Champions League (ACL) dan UEFA Champions League (UCL).

Saya berjaya bercakap bersama dengan wakil dari SCL iaitu Dr. Johan Kamal Hamidon. Berikut adalah hasil temuramah saya dengan beliau:

SB: Boleh terangkan secara ringkas kepada kami mengenai apa itu SCL?

SCL: SCL merupakan kejohanan yang seperti kejohanan liga juara-juara yang diadakan di setiap benua di dunia ini. Cuma kami hanya melibatkan pasukan-pasukan dari liga-liga sosial yang beraksi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

SB: Dari liga manakah pasukan-pasukan yang beraksi dalam SCL ini?

 SCL: Pasukan-pasukan yang bermain di SCL adalah pasukan-pasukan yang beraksi di liga tersebut:

  • District League
  • Munro Setia Alam League
  • Gardens Social League
  • Prestige Cup
  • SociaLiga
  • Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia (MCFA)
  • FS League
  • Klang Valley League – Zon Damansara
  • KV Cup

Lazimnya kami akan menjemput juara dan naib juara setiap liga untuk beraksi di SCL.

SB: Boleh terangkan kepada kami mengenai format kejohanan?

SCL: Format kejohanan kami berasakan 2 kumpulan yang disertai 8 pasukan di dalamnya. Kumpulan untuk setiap pasukan akan ditentukan menerusi cabutan undi ketika sesi taklimat bersama para kapten setiap pasukan.

Setiap pasukan akan bermain dalam format liga 1 pusingan untuk peringkat kumpulan. Selepas itu, 4 pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.

scl-quater-final-3-15

 

SB: Adakah setiap pasukan akan menggunakan gelanggang sendiri ketika beraksi untuk perlawanan SCL? Dan adakah mereka setiap pasukan perlu membayar sedikit wang untuk yuran kejohanan?

SB: Tidak. Setiap pasukan yang beraksi di SCL hanya perlu beraksi di 2 gelanggang ini sahaja iaitu padang New Camp di Bandar Utama, Selangor untuk aksi peringkat kumpulan.

Jika aksi di peringkat kalah mati, ia akan dilangsungkan di Stadium Arena MPSJ di Subang Jaya.

Bagi yuran pula, ya benar mereka perlu membayar yuran sebanyak RM 500 sebagai yuran pendaftaran untuk memasuki kejohanan ini. Ia juga merangkumi bayaran untuk padang dan pengadil.

Namun begitu, untuk bayaran kepada pengadil dan padang yang disewa. Pasukan hanya membayar sedikit sahaja kerana bayaran tersebut telah disubsidikan oleh penaung kami.

SB: Boleh kami tahu, siapa sebenarnya disebalik penganjuran SCL ini?

SCL: Kejohanan merupakan hasil anjuran Selangor Youth Community (SAY). SAY merupakan sebuah badan yang dinaungi oleh Raja Muda Selangor iaitu Tengku Amir Shah.

Kami juga mempunyai beberapa penaja seperti IM4U sebagai title sponsor kami dan juga 100 Plus.

SB: Apa sebenarnya aspirasi SCL ketika kejohanan ini mula-mula ditubuhkan?

SCL: Kami bercita-cita untuk menyatukan semua liga sosial atau liga amatur yang diadakan di Selangor. Dengan cara ini kami berharap kami dapat mencipta jaringan hubungan antara komuniti bola sepak yang ada di Selangor.

Selain itu, kami mahu mengurangkan jurang antara bola sepak amatur serta bola sepak profesional di Selangor. Dan semestinya kami mencipta SCL ini adalah untuk memberitahu kepada peminat bola sepak di luar sana yang liga sosial ini wujud di Selangor.

Dan kami juga mahu menjadi inspirasi kepada liga sosial yang lain di Selangor untuk terus maju dan meningkatkan kualiti mereka secara keseluruhannya.

SB: Boleh beritahu kepada peminat bola sepak di luar sana mengapa SCL perlu menjadi tumpuan mereka?

SCL: Di SCL, peminat akan disajikan dengan aksi-aksi terbaik dari pasukan-pasukan amatur di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Di SCL juga, peminat dapat saksikan bakat-bakat terpendam serta bakat-bakat muda yang berpotensi tinggi untuk maju beraksi disini.

Dan semestinya, SCL adalah kejohanan yang tidak terhad kepada beberapa pihak sahaja. Ia terbuka kepada semua peminat untuk memeriahkannya serta pasukan dari serata negeri untuk sertainya.

scl-quater-final-3-19

SB: Soalan terakhir, apa perlawanan terbaru SCL yang boleh kami saksikan?

SCL: SCL sudah memasuki peringkat separuh akhir dan pada 30 Oktober ini perlawanan separuh akhir akan diadakan. Perlawanan tersebut melibatkan Terrapins dan Southern.

Perlawanan tersebut akan diadakan pada jam 4.30 petang di Stadium Arena MPSJ. Kami menjemput semua peminat bola sepak untuk hadir menyokong pasukan yang bertanding!

Kesimpulan

Kejohanan-kejohanan seperti SCL ini perlu diraikan oleh peminat bola sepak di negara kita. Mereka menawarkan suasana dan kelainan yang mungkin tidak ada pada bola sepak profesional.

Semoga SCL ini akan terus dikenali dan diterima komuniti bola sepak di negara kita.

Semoga berjaya, SCL!

*Anda boleh mengikuti SCL secara aktif di laman rasmi SCL serta di laman Instagram mereka.

Baca juga: Soljabiru FC: Bagaimana Kelab Penyokong Chelsea Malaysia Lahirkan Kelab Bola Sepak Mereka Sendiri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN