Terbuang Dari Barcelona, Suarez Balas Dengan Julang Atletico Madrid Raih Gelaran La Liga

Luis Suarez Atletico Madrid Barcelona La Liga

Mendebarkan, itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan situasi pada hari terakhir perlawanan La Liga yang menyaksikan Atletico Madrid muncul juara setelah bangkit dari ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas Real Valladolid.

Kemenangan dramatik tersebut sekaligus menghampakan Real Madrid yang turut menang dengan keputusan sama ke atas Villareal.

Namun tuah jelas memihak kepada juara baharu itu yang menamatkan penantian tujuh tahun bagi meraih gelaran liga ke-11 mereka.

Skuad kendalian Diego Simeone itu ketinggalan pada separuh masa pertama hasil jaringan Oscar Plano pada minit ke-18. Namun selepas rehat, Angel Correa dan Luis Suarez mengubah keputusan perlawanan dengan dua gol dalam tempoh 11 minit.

Ia pastinya kejayaan yang cukup manis buat Suarez berhasil ‘membalas dendam’ setelah ‘terbuang’ dari Barcelona apabila Ronald Koeman secara jujur mengatakan beliau tidak ada dalam perancangannya pada musim ini.

Penyerang Uruguay tersebut telah menjaringkan 21 gol untuk Atletico Madrid dalam 38 penampilan untuk meletakkannya selaku penjaring terbanyak pasukan.

Sementara itu, satu lagi keputusan yang melibatkan Barcelona menyaksikan kelab Catalan tersebut menewaskan Eibar 1-0 bagi memastikan kedudukan ketiga la Liga.

Bagaimanapun musim pertama Koeman di Nou Camp ‘diselamatkan’ dengan kejayaan meraih Copa de Rey pada April lalu.

Nasib rakan sejawatnya di Real Madrid pula ternyata lebih buruk apabila sekadar pulang dengan tangan kosong pada musim ini. Terdapat khabar angin yang mengatakan Zinedine Zidane bakal meninggalkan pasukannya pada penghujung musim ini.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

La Liga Bukan Hanya Berkisar Tentang El Clasico

Meski Cintanya Pada United, Rashford Tak Tolak Perpindahan Ke Real Madrid Atau Barcelona

Klopp Kata Man City Takkan Menang EPL Kalau Hadapi Krisis Kecederaan Macam Liverpool

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN