Penyokong Bradford City AFC bangga dan kagum dengan komitmen yang ditunjukkan oleh penjaga gol mereka Collin Doyle.
Ini selepas penjaga gol utama kelab tersebut terus balik dari kem Republik Ireland untuk menyertai pasukan kelab beliau Bradford City AFC dalam perlawanan League One menentang Gilingham.
Dalam perlawanan Republik Ireland menentang Turki, Collin Doyle bermain 90 minit. Ireland tewas 1-0 di tangan Turki. Itu adalah kaps kebangsaan ke-2 beliau sejak melakukan debut pada 2007.
Jaringan tunggal Mehmet Topal telah membantu Turki menang perlawanan tersebut untuk membalas dendam ke atas Ireland yang menang dengan jumlah yang sama dalam pertemuan kelayakan Piala Dunia mereka sebelum ini.
Perlawanan tersebut berlangsung pada 24 Mac 2018 di turki. Pada 25 Mac 2018 pula, Collin Doyle bermain untuk Bradford City di England.
Kali ini beliau berjaya membantu pasukan beliau menang ke atas Gillingham hasil jaringan Dominic Poleon. Kemenangan ini meletakkan Bradford berada di tangga ke-9 League One.
Di laman twitter rasmi Bradford, kelab tersebut merakamkan penghargaan khas kepada penjaga gol tersebut. Beliau boleh sahaja meminta perlepasan untuk perlawanan liga tersebut untuk tugasan antarabangsa.
💪 He played a full game for the Republic of Ireland in Turkey last night and it has taken two flights for him to get here but it hasn't stopped Colin Doyle being in the starting line-up for the Bantams this afternoon. ✈️🇹🇷➡️🇮🇪➡️🏴
What a man! 👏 #BCAFC pic.twitter.com/Q8QhYOgi9n
— Bradford City AFC (@officialbantams) March 24, 2018
Namun Doyle memutuskan untuk bermain 2 perlawanan dalam masa kurang 24 jam. Beliau yakin akan memberikan komitmen yang terbaik.