Giggs Nasihatkan Bale Tolak Sebarang Tawaran Man. United Dan Kekal Di Real Madrid

Pengurus baru Wales, Ryan Giggs memberitahu Gareth Bale agar melupakan tawaran daripada Manchester United dan fokus untuk kekal di Real Madrid.

Ryan Giggs adalah legenda di Old Trafford tetapi itu bukan alasan untuk beliau mempengaruhi Gareth Bale untuk ke sana meskipun beliau mengakui yang kelab tersebut berminat dengan Gareth Bale.

United sudah beberapa kali dikaitkan dengan Gareth Bale. Ini selepas Bale bergelut dengan minit perlawanan dan kecergasan ketika di Real Madrid.

Gareth Bale turut pernah menyatakan yang beliau terbuka dalam isu masa depan beliau, dan tidak menolak kemungkinan akan pergi ke kelab lain jika ada tawaran yang baik.

Ryan Giggs bercakap kepada media selepas kemenangan ke atas China:

“Itu adalah Real Madrid, hanya ada beberapa kelab yang memiliki aura seperti mereka. Suda pasti anda mahu kekal di kelab seperti itu.”

“Apa yang Gareth dah menang di sana? 3 UCL. Itu adalah bukti Gareth berada di kelab yang betul bukan?”

“Apabila anda berada di kelab seperti itu, anda akan sentiasa memenangi sesuatu.”

“Gareth adalah pemain yang memiliki kemampuan untuk menjaringkan gol dan memiliki persamaan dengan Ronaldo. Mereka berdua bermula sebagai pemain sayap dan kini menjadi penjaring gol.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN