5 Perkara Yang Menarik Tentang Bola Sepak Bhutan

Menjelang perlawanan antarabangsa diantara Malaysia dan Bhutan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 April 2018 nanti, penulis ingin membawa pembaca mengenali pasukan bola sepak Bhutan dan apa yang menarik tentang mereka.

Berikut ialah 5 perkara menarik mengenai mereka:

1. Pernah menduduki ranking kedua terendah dunia

Bhutan, negara kecil berkeluasan 47,000 km persegi dan mempunyai populasi seramai 810,000 mempunyai pasukan bola sepak yang mewakili negara itu di pentas bola sepak antarbangsa.

Pasukan ini dikendalikan oleh Persekutuan Bola Sepak Bhutan. Pasukan bola sepak kebagnsaan Bhutan sebenarnya telah ditubuhkan pada 1970 tetapi penubuhan rasminya adalah pada 1983 dan menyertai FIFA pada 2000.

Pada 30 Jun 2002, Bhutan ialah antara pasukan ranking kedua terendah dunia mencatat kemenangan pertama mereka dipentas antarabangsa apabila menewaskan pasukan ranking paling terendah di dunia Montserrat 4-0.

Perlawanan tersebut dinamakan sebagai ‘Perlawanan Akhir Yang Lain’. Perlawanan Akhir Yang Lain dikendalikan oleh pengarah filem dari Belanda.

Pada kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan 2008, Bhutan mara ke separuh akhir tetapi tewas kepada India 2-1 pada masa kecederaan.

2. Liga bolasepak utamanya hanya mempunyai 6 pasukan yang bertanding

Bhutan mempunyai satu liga domestik dengan hanya 6 pasukan bertanding. Para pemain pasukan itu hanya berstatus semi-profesional.

4 daripada 6 pasukan ini berasal dari Thimpu dan selebihnya adalah dari daerah lain. 4 pasukan dari Thimpu ini bersaing dalam A-Division yang sebelum ini merupakan liga utama negara itu tetapi kini telah menjadi kejohanan kelayakan liga tersebut.

Pasukan dalam liga ini bermain sebanyak 2 kali secara timbal balik. Juara akan ditentukan melalui jumlah mata yang terbanyak. Jika ada dua pasukan terikat dengan mata yang sama, pemenang akan ditentukan melalui perbezaan gol.

Tiada promosi atau penyingkiran daripada Liga ini jika pasukan itu menduduki kedudukan paling tercorot. Juara Liga Bhutan turut mendapat tiket ke saingan AFC Cup tetapi pasukan itu bergantung kepada kelulusan lesen oleh AFC. Pasukan mereka kebiasaannya bermula daripada pusingan kelayakan AFC Cup.

3. Ranking naik mendadak 

Seperti yang sedia maklum, kebanyakan pemain kebangsaan Bhutan berstatus semi-professional dan mereka mempunyai kerjaya sepenuh masa yang tersendiri.

Ianya agak mengejutkan bagi peminat bola sepak dari seluruh dunia apabila Bhutan mencatat peningkatan mendadak dari segi ranking FIFA.

Pada tahun 2015, Bhutan berada di ranking ke 209 dunia dan digelar sebagai pasukan yang paling teruk di dunia. Namun, sekarang kedudukan ranking mereka meningkat ke kedudukan 188 dunia, 10 anak tangga di belakang Malaysia.

Peningkatan itu turut membolehkan Bhutan menerima anugerah serta pengiktirafan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kerana prestasi cemerlang di peringkat pembangunan akar umbi.

4. Catat kemenangan pertama di tempat lawan pada tahun 2015

Pada 12 Mac 2015, Bhutan cipta sejarah meraih kemenangan pertama mereka di tempat lawan dengan mengalahkan tuan rumah Sri Lanka di Colombo dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Jaringan tunggal pasukan itu dijaringkan oleh pemain tengah skuad itu, Tshering Dorji.

Apa yang menariknya ialah mereka meraikan kemenangan ini dengan berkunjung ke restoran makanan “fast food” seperti Kentucky Fried Chicken (KFC) secara beramai-ramai. Ia merupakan detik yang sangat indah apabila berkongsi kegembiraan bersama rakan sepasukan dan jurulatih mereka.

Kemenangan ini sebenarnya sangat istimewa kerana ia memberikan motivasi dan semangat tambahan kepada pasukan Bhutan untuk bertemu pasukan asia yang lebih kuat dan berpengalaman.

Malah, bertemu pasukan seperti Malaysia merupakan satu penghormatan tertinggi kepada pasukan kebangsaan negara itu kerana mereka sering dipandang sebagai pasukan belasahan semata-mata.

5. Kapten skuad kebangsaan Bhutan ialah seorang juruterbang

Tidak ramai yang tahu Karma Shedrup, iaitu kapten pasukan kebangsaan Bhutan mempunyai kerjaya sepenuh masa sebagai juruterbang bersama syarikat penerbangan nasional Bhutan, Druk Air.

Beliau memulakan karier bola sepak di Melbourne, Australia bersama pasukan bawah 21 tahun Whittlesea Zebras SC ketika masih berada di sekolah tinggi and menyertai latihan penerbangan disana.

Selepas menamatkan sekolah dan latihan penerbangan, beliau kembali ke Bhutan dan mula bermain untuk kelab tempatan, Drukstar FC yang dimiliki oleh bapa saudaranya, Hishey Tshering. Sekarang kelab tersebut dikenali sebagai Thimpu City FC.

Penampilan pertamanya bersama pasukan kebangsaan Bhutan adalah pada tahun 2008 ketika itu beliau hanya berumur 17 tahun. Perlawanan pertamanya adalah bertemu sebuah kelab kecil dari Switzerland dan diikuti satu kejohanan di Sikkim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN