Marc-Andre ter Stegen: “Semua Pemain Harus Belajar Dari Lionel Messi”

Lionel Messi jelas menjadi pemain yang menjadi ikutan ramai peminat bola sepak di seluruh dunia.

Beliau yang dianggap sebagai antara pemain terbaik sepanjang zaman sentiasa memberikan banyak detik-detik menakjubkan setiap kali beraksi di padang.

Dalam satu temu ramah bersama CBS Sports, rakan sepasukan Messi di Barcelona iaitu Marc-Andre ter Stegen mengakui pemain bola sepak seharusnya belajar dari pemain tersebut.

Menurut ter Stegen, bukanlah hal mengenai bola sepak sahaja yang perlu dipelajari dari pemain tersebut.

BARCELONA, SPAIN – AUGUST 05: Marc-Andre Ter Stegen (L) and Lionel Messi of FC Barcelona look on during the Joan Gamper trophy match at Camp Nou on August 5, 2015 in Barcelona, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Tetapi kata beliau, ianya merangkumi pelbagai aspek.

“Saya rasa semua pemain perlu belajar dari Lionel Messi.”

“Ianya bukan sahaja mengenai perkara melibatkan bola sepak. Tetapi turut melibatkan hal-hal seperti kekuatan mental.”

“Lihat kepada kekuatan mental beliau, sudah berapa lama Messi bermain pada tahap tertinggi.”

“Beliau berterusan menjaringkan gol dan mengekalkan kualiti kerja beliau. Malah, Messi menjadi semakin baik saban hari.”

Tambah ter Stegen lagi, semua pemain bola sepak harus mempunyai fikiran seperti Messi.

Hal ini kerana, Messi merupakan seorang pemain yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.

“Beliau melakukan kerja keras saban hari untuk menjadi lebih baik. Messi mahu dirinya dan rakan-rakan menjadi lebih baik.”

“Semua orang patut mempunyai pemikiran yang sama seperti beliau.”

ter Stegen turut mengakui yang Messi merupakan seorang pemain yang mudah untuk berkerja bersama dan rendah diri.

“Sungguh mudah untuk berkerja bersama Messi, beliau merupakan seorang pemain yang cukup merendah diri.”

“Semua orang mempunyai pendapat yang baik mengenai beliau.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN