Stephan Lichtsteiner Mahu Juventus Jadi Juara Eropah Musim Ini

Walaupun sudah berpisah, rasa sayang itu masih lagi ada dihatinya.

Bekas pemain Juventus iaitu Stephan Lichtsteiner mengakui beliau mahu melihat kelab lamanya itu menjadi juara Eropah pada musim ini.

Dipetik dari laman Football Italia, beliau yang kini menjadi pemain veteran di Arsenal mengharapkan bekas pasukannya itu mampu mengubat kekecewaan di pentas Eropah yang pernah dihadapi mereka sebelum ini.

“Saya berharap Juventus akan memenangi gelaran UEFA Champions League pada musim ini.”

“Mereka berhak memenanginya selepas 2 kali tewas di perlawanan akhir.”

Juventus tumbang di 2 aksi akhir pentas bola sepak Eropah dengan mereka tewas kepada wakil dari La Liga.

Mereka kalah 3-1 di tangan Barcelona dalam perlawanan yang berlangsung di Berlin.

BERLIN, GERMANY – JUNE 06: Marc-Andre ter Stegen of Barcelona checks on the injured Stephan Lichtsteiner of Juventus during the UEFA Champions League Final between Juventus and FC Barcelona at Olympiastadion on June 6, 2015 in Berlin, Germany. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Juventus turut dimalukan di perlawanan akhir edisi 2017 yang berlangsung di Cardiff, tewas 4-1 di tangan Real Madrid.

Dalam masa yang sama, Lichtsteiner mengakui dirinya tidak menyesali dengan keputusan untuk meninggalkan Juventus dikala kelab tersebut kini dibarisi oleh pemain handalan – Cristiano Ronaldo.

Hal ini kerana menurut beliau yang merupakan pemain kebangsaan Switzerland, keputusan beliau menyertai Arsenal adalah kerana beliau mendambakan cabaran baharu di tempat lain.

LONDON, ENGLAND – AUGUST 12: Stephan Lichtsteiner of Arsenal in action during the Premier League match between Arsenal FC and Manchester City at Emirates Stadium on August 12, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

“Cristiano Ronaldo? Saya tak menyesal tinggalkan Juventus kerana itu adalah kemahuan diri saya.”

“Saya mahukan cabaran baharu. Sesiapa yang menyertai Juventus pasti akan gembira, tetapi kini semuanya adalah mengenai Arsenal.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN