Kini kita banyak melihat jurulatih menggunakan pendekatan membina serangan daripada belakang. Ianya dimulakan dengan penjaga gol dan dihantar kepada pemain di barisan pertahanan pertama.
Berikut 5 asas untuk membina serangan daripada belakang.
1. Mewujudkan kelebihan secara posisi
Pastikan unit pertahanan anda ada kelebihan ketika beradapan dengan tekanan daripada pihan lawan. Pemain perlu berada di posisi yang mudah untuk mereka menghantar dan menerima bola.
Hantaran pertama yang kemas daripada penjaga gol juga diperlukan. Secara teorinya, pemain pertahanan kini dalam proses menyerang dan berhadapan dengan pertahanan lawan.
Jadi, amat penting untuk setiap pertahanan ada kemampuan untuk mengawal bola di kaki mereka. Latihan yang berterusan untuk memastikan pertahanan menjadi ‘ball player’ yang baik diperlukan.
Seterusnya, penjaga gol perlu dilatih untuk melakukan hantaran rendah yang baik serta mampu memberikan sokongan kepada rakan mereka di bahagian paling belakang.
Ini adalah contoh ketika penjaga gol memulakan binaan serangan dengan hantaran rendah. Ada 3 pilihan , A, B dan C.
Selepas melakukan hantaran itu, penjaga gol biasanya akan membekalkan sokongan posisi di tengah ataup di 2 titik kuning tersebut.
2. Sokongan sisi dan dari bawah (width & depth)
Anda biasa menyebut sokongan ini kenalah membentuk segi tiga. Apa sahaja konsepnya, yang penting pemain harus faham yang mereka harus membekalkan sokongan kepada rakan, rakan mereka yang sedang dengan bola.
Dalam artikel 6 prinsip asas ketika menyerang, kami ada menggariskan jenis sokongan yang harus dibekalkan para pemain ketika menyerang.
Untuk pasukan yang menggunakan penjaga gol aktif dengan bola, sokongan turut hadir daripada penjaga gol. Ini adalah contoh yang melibatkan Manchester City dengan ‘ball-playing keeper’ mereka.
Penjaga gol kena ada kemampuan dengan bola. Kerana beliau kini sedang bermain sebagai ‘outfield player.’
3. Sentiasa bergerak
Mobiliti setiap pemain harus tinggi. Pemain perlu sentiasa bergerak untuk memberikan sokongan dan melakukan tindakan seterusnya (follow through).
Aktiviti aktif bergerak ini dilakukan daripada barisan belakang sehinggalah ke zon serangan akhir. Jadi, amat penting untuk pemain dilatih dengan kualiti dengan ataupun tanpa bola.
Banyak pasukan yang anda boleh saksikan untuk dijadikan bahan kajian. Misalnya Manchester City, Liverpool, Barcelona, Spurs, Dortmund, Hoffenheim dan banyak lagi.
Saksikan bagaiman Manchester City di bawah Guardiola bergerak di dalam padang.
https://www.youtube.com/watch?v=DCE0Wp1nsFY
4. Sudut dan jarak
Pemain harus berada dalam kedudukan yang terbaik untuk menerima bola. Sudut yang sesuai dengan jarak yang sesuai. Jika pihak lawan aktif untuk melakukan pressing dengan unit pemain yang ramai, pasukan anda perlu ada kemampuan untuk meluaskan struktur pasukan anda (widen the pitch).
Untuk pasukan yang hanya menghantar seorang pemain untuk menekan di satu zon, anda boleh mengecilkan jarak dan struktur di antara pemain.
Sudut pula merujuk kepada kedudukan badan pemain ketika menerima bola. Adakah penglihatan mereka terhad kepada satu sisi pandang sahaja?
Pemain perlu ada sisi pandangan yang luas dan lebih besar untuk membolehkan mereka lebih cepat memilih tindakan mereka ketika menerima bola.
5. Hantaran berkualiti
Aspek pertukaran hantaran rendah yang berkualiti di zon bawah sangat penting. Ini yang disebut proses meneutralkan tekanan (pressing) daripada pihak lawan.
Jika berhadapan dengan pasukan yang high pressing atau counterpressing, pasukan anda perlu memiliki aspek hantaran segera / 1 sentuhan yang baik.
Sesebuah pasukan yang cuba bermain dengan binaan serangan daripada belakang dianggap gagal apabila mereka terpaksa melakukan hantaran tinggi yang lebih kepada untuk mengatasi tekanan daripada pihak lawan.
Ia berbeza dengan hantaran pivot yang dilakukan dalam keadaan tidak panik.
Rumusan
Taktikal ini memerlukan pemain pertahanan yang bagus dengan bola. Jika pasukan anda ada ‘ball playing keeper’, ia adalah satu bonus tambahan.
Fokus dan tidak cepat panik ketika ditekan pihak lawan juga aspek yang perlu ada dalam diri pemain. Tanpa ketenangan, pemain akan merosakkan taktikal.
Seterusnya, pemain harus tidak ‘two minded’. Mereka kena tegas dalam membuat keputusan, apa tindakan yang mereka akan ambil.