Teori Taktikal: 6 Prinsip Asas Ketika Menyerang Dalam Bola Sepak

Menyerang dalam bola sepak adalah perkara yang sangat penting. Bola sepak adalah sukan yang memerlukan 11 pemain bekerjasama di dalam padang.

10 pemain pula digelar ‘outfield players’ yang perlu digunakan sebaik-baiknya oleh jurulatih dalam perancangan taktikal pasukan.

Mungkin akan ada pembaca kami akan bertanya, bagaimana dengan pasukan yang hanya bermain bertahan dan cuma melakukan hantarang panjang ke penyerang?

Itu juga dikira menyerang dalam bola sepak. Cuma ia dilakukan dengan cara lebih langsung melalui hantaran tinggi.

Dalam bola sepak ada 2 perkara asas yang dilakukan secara berpasukan iaitu menyerang dan bertahan. Dalam artikel kali ini, kami akan menerangkan aspek menyerang.

Apa itu menyerang dalam bola sepak?

Ia adalah momen di mana ketika bola berada di kaki pasukan anda, bermaksud anda adalah pasukan yang menyerang. Jadi, pasukan lawan anda pula akan bertahan.

Apakah 6 prinsip asas ketika menyerang?

Prinsip asas ini haruslah difahami oleh pemain. Ada ramai pemain bola sepak termasuk pemain profesional kurang faham tentang aspek-aspek ini secara komprehensif.

1. ‘Penetration’

Ia merujuk kepada usaha untuk ‘membelah’ atau memecahkan pertahanan lawan sama ada melalui gerakan, hantaran ataupun cubaan gol.

Semakin tinggi keupayaan sesebuah pasukan melakukan penetration, semakin tajam pasukan tersebut melakukan ancaman kepada pasukan lawan.

Lihat contoh di bawah ini, 2 pemain melakukan larian untuk menembusi blok pertahanan lawan.

2. ‘Depth’

Ini merujuk kepada sokongan yang diberikan oleh pemain yang berada dalam keadaan tanpa bola. Biasanya ia merujuk kepada unit di belakang pemain penyerang utama.

Sokongan depth ini yang akan membantu sesebuah pasukan ini menambah pemain dengan segera di dalam kotak penalti dalam taktikal yang berasaskan memenuhkan (overload) kotak penalti.

3. Lebar (Width)

Sokongan dari segi kelebaran pasukan merujuk kepada sokongan di sisi ataupun bahagian sayap.

Ketika menyerang, sokongan di ‘width’ ini sangat penting dan ia akan menambahkan lagi opsyen kepada pasukan ketika menyerang dan bermain secara kombinasi.

Ia juga membantu untuk memberikan kadar serangan yang aktif dari kiri dan kanan sama ada untuk mengancam secara langsung ataupun mencipta peluang.

4. Mobiliti

Mobiliti bermaksud pergerakan. Semakin tinggi mobiliti semakin tinggi keupayaan pemain itu bergerak. Pergerakan ini yang akan membolehkan pemain mencipta ruang untuk diri sendiri ataupun rakan sepasukan.

Pemain yang tanpa bola perlu bergerak untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Jadi, mobiliti amat penting. Pemain yang tidak memiliki mobiliti adalah pemain yang malas. Pemain perlu sentiasa bergerak sama ada mencari, mencipta atau menutup ruang di dalam padang.

5. Improvisasi

Ini lebih merujuk kepada kehebatan individu di dalam pasukan. Mereka akan membantu untuk memberikan nilai tambahan kepada pasukan.

Sebagai contoh, pemain yang berkemampuan menggelecek akan cuba untuk menewaskan pertahanan dengan menewaskan mereka secara gerakan seterusnya mencipta peluang gol.

Pemain yang kreatif pula akan menghadirkan ‘percikan’ dengan idea-idea yang memukau.

6. Penyudah

Dalam menyerang, pastinya kita mahukan ia disudahkan dengan gol. Penyudah yang berkesan akan menentukan pasukan itu menang atau tidak.

Walaupun sesebuah pasukan itu beraksi sangat baik dalam 5 aspek di atas, tetapi gagal dalah aspek ke-5, mereka tidak akan menang perlawanan ini.

Rumusan

6 perkara asas ini sudah pastinya ada di dalam buku jurulatih. Namun kadangkala, untuk memberikan pemahaman dan mendidik pemain itu adalah perkara yang berbeza.

Pemain boleh berkata: ‘Ya coach, saya tahu sokongan width itu adalah pemain yang berada di sisi’

Namun apabila di dalam perlawanan mereka tidak tahu siapakah yang harus membekalkan sokongan width ini? Pemain sayap kanan ataupun bek kanan? Macamana jika 2 pemain ini sudah masuk ke bahagian tengah? Adakah zon itu dibiarkan kosong?

Ataupun ada pemain jenis tak kuasa untuk sentiasa bergerak dan memberikan sokongan di dalam padang kerana keletihan ataupun malas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN