Pemain penyerang Liverpool, Mohamed Salah jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, dan hal itu diakui oleh pelbagai pihak.
Ramai pihak yang menganggap yang Liverpool beraksi hambar pada ketika ini kerana Mo Salah sedang tidak berada di tahap persembahan terbaiknya.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu hanya mampu mengutip sembilan mata sahaja dari enam perlawanan pertama mereka dalam saingan Premier League musim ini.
No one could catch Mohamed Salah at the weekend. 🎨 pic.twitter.com/RyWo2GW0te
— Squawka (@Squawka) September 12, 2022
Lebih teruk lagi, skuad The Reds itu mencatatkan kekalahan memalukan 4-1 di tangan Napoli dalam aksi perlawanan pembukaan saingan Champions League baru-baru ini.
Mo Salah sementara itu hanya mampu menjaringkan tiga gol sahaja dari semua pertandingan sepanjang musim ini dengan beliau meledak penalti ketika aksi Community Shield, menjaringkan gol penyamaan ketika bertemu Fulham dan menjaringkan gol saguhati ketika bertemu Manchester United.
Bekas bintang Liverpool, Luis Garcia yang sebelum ini pernah membantu The Reds menjuarai saingan Champions League dan FA Cup itu tampil mendedahkan teori tentang mengapa Mo Salah sedang tidak berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini.
“Kamu boleh nampak dan saya yakin yang Mo Salah sendiri sangat tahu, kamu boleh nampak yang dia tak tewaskan pemain ketika berdepan situasi satu lawan satu, dia tak lari masuk dalam kotak, dia jauh dari kotak, kadang kala dia terlalu ke tepi.”
“Dia tak menghampiri kotak yang mana itulah kelebihan dia yang menggerunkan lawan.”
Luis Garcia on Mo Salah:
“I think that Mo Salah needed a rest [against Napoli]. It’s very important that the players understand that it’s very difficult to play 63, 70 games that they played last year.” #lfc [espn] pic.twitter.com/IeN9v21e0l
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) September 11, 2022
Jelas Garcia kepada ESPN FC.
“Saya rasa yang Mo Salah perlukan rehat. Ia sangat penting untuk pemain itu faham yang ia sangat sukar untuk bermain 63, 70 perlawanan seperti yang mereka mainkan pada tahun lalu.”
“Mereka perlukan rotation kerana ada Piala Dunia yang akan berlangsung dan segelintir pemain memang perlu berehat.”
Pendapat Garcia sebenarnya agak masuk akal kerana Salah nampak tidak bermain seperti mana kebiasaannya beliau bermain sebelum ini.
Ada pendapat yang mengatakan Salah tidak berperanan seperti dahulu kerana Harvey Elliott kini dilihat telah diberi tanggungjawab yang lebih besar oleh Jurgen Klopp.
Pemain berusia 19 tahun itu dilihat bermain lebih offensive dan tidak bermain sebagai holding atau central midfielder seperti yang dimainkan oleh Jordan Henderson sebelum ini.
Keadaan itu mendesak untuk Salah tidak masuk terlalu dalam dan lebih bermain dibahagian sayap dan Trent Alexander Arnold juga dilihat lebih memberi tumpuan untuk mengawal bahagian bawah.
Paul Merson on Salah:
“Mohamed Salah is still Liverpool’s main man, but I’m worried about his form a little bit." 👇 https://t.co/g5MoYTz6i7
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) September 12, 2022
Teori itu membawa kepada satu kesimpulan yang Jurgen Klopp perlu memberikan Salah peranan asalnya kembali dan membina hubungan yang lebih baik bersama Darwin Nunez.
Pemain kebangsaan Mesir itu telah memainkan peranan yang cukup penting dalam membantu Liverpool mencapai pelbagai kejayaan gemilang sejak beberapa musim kebelakangan ini.
Bahkan Liverpool sendiri turut melakukan segala yang mereka mampu untuk menawarkan kontrak baru kepada Mo Salah pada musim panas baru-baru ini.
Why Darwin Nunez could hold the key to Mohamed Salah's revival 📈
— GOAL News (@GoalNews) September 10, 2022
Hal itu sudah cukup untuk membuktikan yang gergasi Merseyside itu sememangnya sangat menaruh harapan kepada bintang Mesir itu dan jelas sekali mereka perlu lakukan sesuatu agar Salah akan mampu mendapatkan semula tahap persembahan terbaiknya.