“Kami panggilnya ‘basketball rule’. Dalam bola keranjang akan ada banyak ‘rebound’, jadi itu adalah sesuau yang ‘bos’ telah masukkan ke dalam gaya permainan kami,” ungkap Reiss Nelson tentang permainan Arsenal kini.
Malah mereka juga meraikan gol dengan gaya bola keranjang. Ini komen Martin Odegaard tentang gaya keraiannya, “Ia adalah sesuatu yang banyak kami bercakap di dalam pasukan – bola keranjang – itulah punca kami lakukannya [gaya]! Rambo sarankan kepada saya untuk merembat setiap masa dan saya lakukannya, malah anda dapat lihat apa yang berlaku.”
Ini sesuatu yang baharu disuntik masuk pengendali, Mikel Arteta ke dalam taktikal Arsenal. Ia sangat banyak membantu mereka melalui musim ini.
Bagaimana pula dengan evolusi taktikal di Malaysia? Bercakap tentang sistem taktikal menarik tentunya kita akan tertumpu kepada Nafuzi Zain.
‘Nafuziball’ yang diterapkannya membantu memberi nafas baharu buat Terengganu FC. Ia menjadi tular dan sebutan dek kerana keindahannya.
Ketika ini, semua sudah tidak sabar menanti apa yang bakal Kedah Darul Aman pamerkan untuk kempen musim 2023 di bawah kendaliannya.
Selain itu, kita juga sering dihidangkan dengan gaya permainan menarik yang telah diterapkan pengendali Selangor FC kini, Tan Cheng Hoe.
Beliau pernah melakukannya di Kedah sepanjang di bawah kendaliannya pada musim 2014 hingga 2017. Ia diteruskannya ketika mengendalikan skuad kebangsaan dan kini Selangor. Walaupun sistem permainannya tidak bernama, tetapi kita tahu ia adalah sistemnya setiap kali melihatnya.
Benjamin Mora juga dilihat memiliki corak taktikal yang menarik ketika membimbing Johor Darul Ta’zim (JDT) sepanjang beberapa musim.
Itu kisah di Malaysia. Di Arsenal, Arteta terpaksa memikirkan sesuatu yang baharu bagi memecahkan dominasi Manchester City di persada liga.
Dua musim berturut-turut Pep Guardiola memberikan pesta bunga api di Etihad selepas Liverpool memenangi kejuaraan pada musim 2019/20.
Kali terakhir The Gunners menjulang kejuaraan adalah pada musim 2003/04. Hampir 20 tahun mereka tidak mengecapi nikmat kejuaraan.
“The Invincibles” Arsenal (2003-04) pic.twitter.com/wbAtQqoSQA
— GAFFER (@GAFFER) January 22, 2023
Ketika ini, sepertinya gaya permainan bola keranjang telah mempengaruhi apa yang diterapkan oleh Arteta ke dalam pendekatan permainan Arsenal.
Jadi apa yang diambil mereka untuk diterapkan ke dalam permainan yang menampakkan mereka bermain dengan sangat baik sepanjang musim ini?
Kembali kepada komen pemain sayap, Reiss Nelson di pembukaan artikel. Kata kuncinya adalah ‘rebound’. Terma ini popular dalam permainan bola keranjang dan ini yang diterapkan oleh Arteta bersama Arsenal musim ini.
Ia membantu saat berdepan pasukan-pasukan ampuh di Premier League seperti Man City, Liverpool dan Tottenham Hotspur. Apa dilakukannya?
Ini merupakan teori yang dikemukakan oleh seorang pengguna Twitter, @nonewthing tentang konsep dan gaya permainan yang dibawa Arsenal.
Kedua-dua permainan, bola sepak dan bola keranjang adalah bersifat ‘transition’, tetapi dalam bola keranjang ia dilihat lebih berat. Jadi, mungkin ada aspek-aspek yang boleh diadaptasi ke dalam permainan bola sepak.
Mikel Arteta telah menggunakan prinsip dalam bola keranjang untuk mengawal dan menguasai ketika situasi ‘transition’ berdepan pasukan ampuh seperti Liverpool dan Tottenham, malah Man City turut terkena.
Pembaca boleh lihatnya menerusi jaringan Bukayo Saka di bawah ini.
Onto the next one, @BukayoSaka87 ✊ pic.twitter.com/5XzGWwUWJr
— Arsenal (@Arsenal) January 1, 2022
Apa yang berlaku adalah Man City terperangkap dengan permainan yang tersusun dipamerkan oleh Arsenal selepas merampas bola ‘rebound’ daripada Kevin De Bruyne. Arsenal sudah bersedia untuk menyerang apabila berlalu ‘transition’ daripada bertahan kepada menyerang dalam situasi itu.
Menurut @nonewthing, setiap kali The Gunners melakukan serangan balas sebegini, mereka akan melakukannya dengan sangat rapi dan tersusun.
Ini dapat dilihat dalam permainan bola keranjang. Gerakan Arsenal untuk gol Saka itu mirip kepada apa yang dilakukan dalam bola keranjang.
Dan ini tentunya telah diterapkan setiap kali dalam sesi latihan. Jika tidak bagaimana mereka boleh bergerak dengan sangat baik dan tersusun.
Why Are Arsenal So Good?
Part of it is 'the basketball rule.'
Mikel Arteta and his team of young ballers are drawing inspiration from basketball to power themselves to an unprecedented title challenge against Pep Guardiola's Manchester City.
A Mighty Thread 👇. pic.twitter.com/VXpnnk85Sd
— AI (@nonewthing) January 23, 2023
Malah, bagi menjayakan, mereka memerlukan pemain yang mampu untuk membaca perlawanan dengan baik selain kemampuan menjana gerakkan.
Dalam permainan bola keranjang, pemain yang menjadi kunci kepada setiap ‘transition play’ adalah yang memiliki ‘decision making’ yang sangat bagus.
Kunci keberkesanan Arsenal melakukan ‘transition play’ adalah Odegaard merupakan pemain yang bagus dari segi hantaran dan ‘decision making’. Saka juga pemain yang bagus dalam aspek ini. Jadi, kedua-duanya menjadi hub kepada ‘fast break’ yang dicipta oleh Arsenal dalam perlawanan.
Lihat jaringan Gabriel Martinelli ketika berdepan Liverpool, di mana prinsip yang sama diguna pakai oleh Arteta untuk melakukan serangan balas.
— MComps304 (@MComps304) January 18, 2023
Arsenal tidak memiliki ‘numerically superior’ ketika melakukan serangan balas tetapi pemain mereka akan tiba tepat pada masanya. Sama seperti serangan dalam permainan bola keranjang. Secara tiba-tiba The Gunners memiliki ramai pemain di kotak penalti lawan. Ia sangat mengujakan!
Seolah-olah para pemain memiliki deria rasa yang seirama apabila serangan balas bakal dimulakan. Dan ia bermula apabila berlakunya ‘rebound’.
Ini adalah ‘basketball rule’ yang diungkapkan Nelson tentang permainan Arsenal. Dan kita tahu, ‘basketball rule’ ini ditanam oleh Arteta sendiri.
Pembaca boleh ikuti lanjut penjelasan @nonewthing di Twitternya.
Itu kisahnya dengan Arteta, pengendali muda yang dikatakan sangat inovatif ketika berkarya di padang. Guardiola juga menghormati Arteta sebagai seorang jurulatih yang bijak. Mereka pernah bekerja bersama di Man City satu masa dahulu. Ujarnya sekitar 2021, “Dia sangat bijak.”
“Mikel [Arteta] tahu segala-galanya. Dia sangat bagus. Ini bukan kerana dia kawan saya. Saya tahu bagaimana dia jalani kehidupannya, saya tahu apa yang dia rancang, saya tahu bagaimana dia bekerja,” kata Guradiola.
He tried to tell you. He really did. pic.twitter.com/rj9UNlANge
— Alexander (@AMonFootball) August 31, 2022
“Saya belajar banyak daripada menonton pasukannya dan hari ini saya belajar sesuatu yang boleh digunakan pada masa depan. Dia tahu segala-galanya tentang bola sepak,” tambahnya lagi yang dilihat memberi sokongan terhadap Arteta yang pada ketika itu dipersoalkan kemampuannya.
Jadi, bagaimana dengan situasi di Malaysia? Penulis yakin, ramai pengendali muda yang memiliki lesen dan sangat berinovatif dalam merencana taktikal. Namun, peluang buat mereka amatlah terhad.
Kita perlu lebih ramai jurulatih seperti Nafuzi Zain, Tan Cheng Hoe dan mungkin Manzoor Azwira yang bijak berkarya untuk mendapatkan sesuatu daripada apa yang mereka rancangkan. Penolong jurulatih Selangor, Nidzam Jamil juga antara pengendali berbakat yang Malaysia miliki.
Evolusi taktikal ini tiada batas, tiada had dan tiada sempadannya. Hanya pengendali yang gemarkan perubahan akan berani melakukannya di atas padang. Tidak semua pengendali berani untuk bereksperimen dengan karya mereka sendiri. Jika tidak, Liga M pasti akan jadi lebih menarik untuk diikuti.
Siapa mampu pecahkan dominasi JDT yang sembilan tahun berturut-turut bermain bunga api di Iskandar Puteri? Setiap perkara pasti ada jalan atau caranya. Sebagaimana Arteta dengan ‘basketball rule’ diperkenalkannya.