Tengok Secara Dekat Bola Nike Merlin Edisi Khas Final Piala Malaysia 2019

Malaysian Football League (MFL) telah memuat naik gambar bola perlawanan yang akan digunakan untuk final Piala Malaysia 2019.

Perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini menyaksikan pertempuran di antara Kedah dan juga JDT. Perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Nike Merlin menjadi bola rasmi Piala Malaysia pada edisi kali ini. Namun untuk perlawanan final, ianya adalah edisi khas di mana bola tersebut tercetak Logo dan kependekan untuk Kedah FA dan juga Johor Darul Ta’zim.

Selain itu info perlawanan termasuk tarikh dan venue turut tercetak pada bola tersebut.

MFL dalam kenyataan rasmi mereka kepada umum sebentar tadi menyatakan: “Nike Merlin merupakan bola rasmi kejohanan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 pada malam ini [2 November 2019].”

“Bola ini juga dicetak khas bagi perlawanan ini dengan logo pertandingan serta lambang kedua-dua pasukan yang bakal merebut piala, Kedah dan Johor Darul Ta’zim!”

Nike Merlin merupakan antara bola terbaik di dunia pada ketika ini. Ia turut digunakan di dalam EPL.

Nike Merlin dibuat dengan teknologi ACC – All Condition Technology. Teknologi ini turut dipanggil Urban Grip, yang membantu meningkatkan lagi kualiti ‘traction’ di kesemua permukaan bola.

Menurut Nike, bola Nike Merlin adalah bola yang sesuai dimainkan dalam mana-mana keadaan padang.

Selain daripada itu, Nike Merlin juga merupakan bola yang turut memiliki ‘sweet spot’ yang lebih besar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN