Bayern Munich Yakin Akan Dapat Sane

Bayern Munich masih tidak memadamkan usaha mereka untuk mendapatkan Leroy Sane. Sebelum ini – pada jendela perpindahan musim panas yang lalu – Bayern Munich sudah berbincang dengan pihak Leroy Sane.

Pep Guardiola pula keberatan untuk melepaskan pemain itu ke Bayern Munich dan berharap Sane akan melanjutkan kontrak baharu di Etihad.

Bayern Munich sudah lama mengenalpasti bahawa Sane merupakan pengganti yang ideal untuk Franck Ribery. Ini selepas mereka melakukaan transisi yang sangan baik untuk pemergian Arjen Robben dengan adanya Serge Gnabry.

Bayern yakin akan mendapatkan khidmat Leroy Sane sebelum musim Bundesliga 2019/20 bermula. Malangnya, pemain itu mengalami kecederaan di bahagian lutut yang membuatkan perjanjian itu gagal dimeterai.

Bayern kemudian mendapatkan Phillipe Coutinho dari Barcelona secara pinjaman.

Sky Sports melaporkan bahawa Bayern masih yakin akan mendapatkan khidmat Leroy Sane apabila pemain itu kembali cergas sepenuhnya.

Munurut laporan oleh Spiort Bild, Presiden Bayern Munich percaya mereka akan mendapatkan Leroy Sane dengan harga di bawah £85 juta pada perpindahan pra musim hadapan.

Hal ini kerana, Leroy Sane ketika itu hanya memiliki kontrak kurang setahun. Manchester City masih berusaha untuk memujuk Leroy Sane agar menandatangani kontrak baharu di kelab tersebut.

Pra-musim yang lalu Chelsea berjaya mendapatkan £100 juta daripada Real Madrid untuk Eden Hazard yang kontraknya kurang setahun. Real turut memiliki komitmen bonus tambahan mencecah sehingga £30 juta.

Leave a Reply