Pengurus baharu Manchester United, Erik Ten Hag jelas kecewa dengan persembahan para pemainnya semalam apabila sekadar terikat seri bertemu Aston Villa di Perth.
Beliau juga berkata keputusan mereka bolos dua gol itu sangat tidak boleh diterima setelah mereka mendahului sebelum itu juga dengan dua jaringan.
It ends level in our fourth pre-season test 🤝#MUFC || #MUTOUR22
— Manchester United (@ManUtd) July 23, 2022
Sebelum itu, United tampil cemerlang pada aksi pra-musim tersebut dengan terlebih dahulu mendahului lawan dengan dua jaringan di separuh masa pertama hasil ledakan Jadon Sancho serta jaringan sendiri Matty Cash.
Namun segalanya dilihat serba tidak menjadi apabila pasukan tersebut berjaya diikat lawan Leon Bailey dan Calum Chambers untuk mengecewakan Ten Hag dalam aksi yang berlangsung di Stadium Optus.
Ten Hag jelas bangga dengan aksi yang dipamerkan para anak buah beliau sepanjang separuh masa pertama walaupun bermain dengan hujan lebat serta dipenuhi sorakan para penyokong.
Tetapi beliau jelas terkejut dengan persembahan para pemain yang dilihat sangat teruk pada separuh masa kedua sehingga memberi ruang buat lawan untuk kembali mengikat mereka.
“Kami berjaya mencipta banyak gerakan menarik di separuh masa pertama selain berjaya menjaringkan dua gol untuk menjarakkan kedudukan.
“Selepas itu saya lihat momentum pemain mula menurun dan boleh jadi mereka keletihan. Tetapi pada saya itu bukan alasannya.
“Mereka sepatutnya mengekalkan corak permainan seperti di separuh masa kedua dan tidak boleh hilang fokus, kerana segalanya tampak menjadi pada aksi separuh masa pertama,” jelas Ten Hag menerusi ESPN.
🔗 Left to right link-up 🤩@Sanchooo10’s clinical volley gave us the lead at the Optus Stadium 🇦🇺#MUFC || #MUTOUR22 pic.twitter.com/6XsXRuya6K
— Manchester United (@ManUtd) July 23, 2022
Padang tersebut juga, 24 jam sebelum itu telah digunakan untuk perlawanan membabitkan Leeds United dan Crystal Palace.
Selepas mendapat keputusan positif hasil pemeriksaan struktur padang, perlawanan membabitkan United dan Aston Villa baru dibenarkan untuk beraksi.
Keadaan sebenar padang jelas dilihat tidak begitu berkualiti dan memberi kesan buat aksi kedua pasukan tersebut.
Tetapi, Ten Hag enggan melihat ianya sebagai satu alasan dan beliau tetap menyalahkan para pemain atas alasan mereka tidak memenanginya semalam.
“Ini semua mengenai fokus. Saya tak boleh katakan faktor padang atau cuaca sebagai alasan. Tak kira macam mana, kita perlu beraksi dengan baik.
“Bola sepak merupakan sukan yang sentiasa mempunyai kesilapan, dan kita perlu kurangkan kesilapan tersebut. Ianya jelas, tetapi sepanjang dua minggu ini banyak perubahan telah saya saksikan.
“Kami seharusnya keluar dari bilik persalinan dan bermain kembali mengikut perancangan serta fokus dalam permainan, tetapi itu yang tidak berlaku,” kata Ten Hag.
🗣 The boss discusses how his side can learn from the 2-2 draw with Aston Villa 📈#MUFC || #MUTOUR22
— Manchester United (@ManUtd) July 23, 2022
Dalam masa sama, Ten Hag juga enggan menyalahkan David de Gea kerana melepaskan gol yang dijaringkan oleh Chambers, apabila disoal sama ada penjaga gol tersebut mampu beraksi dengan lebih baik.