Ten Hag Kering Idea, Sekadar Kejar Bekas Pemainnya Untuk Perkukuhkan United?

Erik Ten Hag dikatakan terlalu kering idea dan kerana itulah beliau sekadar mengejar pemainnya sendiri sahaja untuk memperkuat skuad United.

Manchester United telah melantik Erik Ten Hag sebagai pengurus baharu kelab pada penghujung musim lalu, dengan bekas pengurus Ajax itu kini sedang sibuk menyiapkan skuadnya bagi menghadapi musim baharu nanti.

Ten Hag jelas sekali bakal berdepan cabaran yang sangat sukar, terutama ketika memikirkan bagaimana untuk beliau menaikkan semula Man United yang sedang dalam keadaan huru-hara.

Manchester United pada musim lalu mengakhiri saingan liga di kedudukan keenam, dengan mereka turut mengumpul kutipan mata paling rendah dalam sejarah kelab.

Kehadiran Ten Hag memberi semangat baru kepada para penyokong, dengan ramai dari mereka sangat berharap pengurus dari Belanda itu akan mampu menaikkan semula kelab.

Sejak dari penghujung musim lalu lagi, pemilik kelab sudah mendedahkan hasrat kelab yang mahu melakukan rombakan besar-besaran pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pihak kelab sendiri turut menyatakan yang mereka akan memberi kuasa penuh kepada Ten Hag untuk memilih pemain yang beliau mahukan.

Jendela perpindahan United sepi

Para peminat pada ketika ini berasa sedikit kecewa melihat bagaimana Man United melalui jendela perpindahan musim panas ini.

Ketika pasukan seteru tak henti-henti mengumumkan pemain baru, Manchester United pula tidak habis-habis dikaitkan dengan pelbagai pemain.

Ketika artikel ini ditulis, Man United masih belum berjaya untuk melengkapkan walau satu pembelian pun lagi pada jendela perpindahan musim panas ini.

Hal itu sebenarnya sangat membimbangkan para penyokong, dan Cristiano Ronaldo sendiri turut merasa terkesan melihat hal tersebut.

Pemain terhebat sepanjang zaman itu dilaporkan sangat kecewa melihat bagaimana kelab melalui jendela perpindahan pada musim panas ini.

Manchester United juga sepertinya membuang masa yang terlalu lama untuk mengejar Frenkie de Jong dari Barcelona.

Walau sudah berkali-kali ditolak, Manchester United sepertinya masih tidak menyerah dalam usaha mereka mahu mendapatkan bekas bintang Ajax itu.

Para penyokong juga mula bimbang melihat perancangan Ten Hag yang hanya mengejar bekas pemainnya sahaja pada jendela perpindahan musim panas ini.

Ten Hag kering idea

Berbeza dengan pengurus seperti Jurgen Klopp, Pep Guardiola dan Thomas Tuchel dalam saingan Premier League, Erik Ten Hag sepertinya terlalu berharap kepada bekas pemainnya sahaja.

Pengurus-pengurus lain seperti Klopp, Tuchel dan Guardiola turut mempunyai bekas pemain yang berbakat, namun mereka sepertinya tidak pernah terlalu terdesak untuk mengejar bekas pemainnya sendiri.

Erik Ten Hag sementara itu terlalu membuang masa untuk mengejar bekas pemainnya sahaja pada jendela perpindahan musim panas ini.

Beliau kini sedang mengejar Frenkie de Jong, Anthony dan Jurien Timber untuk di bawa ke Old Trafford dalam usahanya untuk memantapkan skuad The Red Devils.

Beliau sepertinya hanya membuang masa untuk mengejar bekas pemainnya sahaja berbanding mencari pemain lain yang ada dalam pasaran pemain.

Melihat kepada hal itu, ramai peminat yang menganggap Ten Hag sebenarnya terlalu kering idea dan kerana itulah beliau hanya berharap kepada pemain yang pernah beliau kendalikan sahaja.

Beliau tidak mempunyai keberanian untuk mencari pemain lain, dan lebih sanggup membuang masa menunggu bekas pemainnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN