Tidak kira siapa yang United bakal hadapi, Erik ten Hag menggesa anak-anak buahnya untuk mencatatkan kemenangan dalam semua perlawanan mereka selepas ini.
Manchester United melalui aksi pra-musim mereka dengan sangat cemerlang dan ramai pihak yang seolah-olah tak percaya melihat bagaimana hebatnya skuad Red Devils pada ketika ini.
Erik ten Hag sepertinya telah berjaya membuktikan yang beliau merupakan individu paling tepat untuk membawa United kembali menjadi pasukan yang digeruni.
Erik ten Hag finds new Manchester United set piece taker plus three more moments you may missed vs Crystal Palace #mufc https://t.co/gA5rJJPJq4
— Man United News (@ManUtdMEN) July 19, 2022
Man United pada musim lalu telah mengakhiri saingan Premier League di kedudukan keenam dalam carta liga dengan mereka turut mengutip kutipan mata paling rendah dalam sejarah kelab.
Pihak kelab melantik Erik ten Hag untuk mengendalikan skuad pada musim baharu ini dan jelas sekali mereka berharap agar pengurus dari Belanda itu akan mampu melaksanakan tugasnya dengan sempurna.
Melihat bagaimana Man United menguruskan jendela perpindahan mereka pada musim panas ini ramai yang mula meragui kepimpinan Ten Hag.
Walau bagaimanapun, segala keraguan itu segera hilang sebaik melihat bagaimana hebatnya skuad United pada aksi pra-musim mereka.
Erik ten Hag has sent his best wishes and support to his former player Sebastien Haller 🙏
Everyone at the club sends strength to Sebastien and his loved ones at this difficult time ❤️#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) July 19, 2022
Ten Hag berjaya berjaya memimpin United untuk mencatatkan tiga kemenangan dari tiga perlawanan persahabatan mereka pada musim panas ini.
Lebih menarik lagi, beliau berjaya membuktikan keberkesanan taktikal beliau dengan skuadnya berjaya menjaringkan 11 gol dan hanya mencatatkan 2 bolos sahaja dari tiga perlawanan tersebut.
Corak persembahan yang ditunjukkan oleh skuad Man United juga jelas sekali sangat berbeza dengan para pemain menunjukkan peningkatan mendadak pada aksi mereka.
“Ini pra-musim, kami sangat gembira melihat peningkatan skuad. Kamu boleh nampak masih ada tugas yang perlu kami lakukan.”
MAN UTD TOUR DIARY: Bruno Fernandes and David de Gea take to table tennis as Erik ten Hag echoes popular Sir Alex Ferguson policy
✍️ @DiscoMirrorhttps://t.co/cMnaeyhKCX pic.twitter.com/PXsVemtT4A
— Mirror Football (@MirrorFootball) July 19, 2022
Jelas Ten Hag selepas kejayaan anak-anak buahnya menewaskan Crystal Palace 3-1.
Erik ten Hag turut mengakui yang beliau sedar tentang cabaran yang beliau hadapi untuk kendalikan kelab gergasi seperti Manchester United.
“Ia adalah cabaran sebenar untuk membawa mereka kembali ke tempat asal mereka. Saya sangat bermotivasi untuk menyelesaikan tugasan itu.”
Pengurus dari Belanda itu menegaskan yang beliau mahu anak-anak buahnya terus konsisten dan mencatatkan kemenangan dalam semua perlawanan mereka selepas ini.
Erik ten Hag's reign is off to a flying start 📈 pic.twitter.com/qW8pLOPGwA
— GOAL (@goal) July 19, 2022
“Kami mahu menang setiap perlawanan dan tidak kira siapa lawan kami.”
“Saya rasa itu adalah hak Manchester United dan itulah apa yang akan kami lakukan. Itu adalah kehendak skuad dan setiap pemain perlu akur.”
Melihat kepada hal itu, ramai peminat yang merasakan bahawa Ten Hag merupakan individu paling tepat untuk mengendalikan skuad.
Three wins in three.
Erik ten Hag’s Manchester United are cooking in preseason 🔴 pic.twitter.com/s7KgtCoUUS
— B/R Football (@brfootball) July 19, 2022
Peminat yakin Ten Hag benar-benar bersemangat mahu membantu kelab dan kerana itu jugalah ramai yang percaya bahawa Man United akan mampu memenangi sesuatu di bawah kendalian pengurus dari Belanda itu.