Anthony Martial Bakal Jadi Igauan Ngeri Pertahanan EPL Musim Baharu Nanti

Anthony Martial sepertinya bakal menjadi igauan ngeri pemain pertahanan dalam saingan Premier League pada musim baharu nanti, selepas melihat kecemerlangan beliau dalam aksi pra-musim bersama Man United.

Pemain kebangsaan Perancis itu berjaya mempamerkan aksi persembahan yang cukup meyakinkan dari tiga penampilan beliau di bawah kendalian Erik ten Hag.

Pengurus dari Belanda itu dikatakan bakal mampu untuk mengeluarkan potensi terbaik yang ada dalam diri Martial dengan bekas bintang Monaco itu dilihat sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini.

Dua musim lalu Martial teruk dihentam kerana beliau gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan oleh pihak kelab.

Pada musim lalu beliau turut dipinjamkan ke Sevilla kerana gagal untuk menyerlah di Old Trafford.

Bersama Sevilla, Martial masih gagal untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya dengan beliau kerap diketepikan dari skuad utama gergasi La Liga itu.

Pada musim panas ini, beliau kembali ke Old Trafford untuk sertai aksi pra-musim Man United di bawah kendalian Erik ten Hag.

Tak ramai peminat yang mengharapkan apa-apa dari Martial dengan rata-rata dari mereka percaya bintang Perancis itu akan dijual pada musim panas ini.

Walau bagaimanapun, segala tanggapan itu jelas sekali tidak benar kerana Martial ternyata telah berjaya untuk mendapatkan semula rentak persembahan terbaik beliau.

Dari tiga perlawanan persahabatan di Asia bertemu Liverpool, Melbourne Victory dan Crystal Palace, Martial berjaya membuktikan ketajaman beliau dengan meledak gol dalam kesemua tiga perlawanan tersebut.

Kualiti penyudah yang beliau tunjukkan jelas sekali sangat berbeza dan apa yang beliau persembahkan pada ketika ini adalah persembahan yang sudah lama peminat nantikan.

Beliau dilihat berjaya membina gandingan yang sungguh mantap bersama Jadon Sancho dan Marcus Rashford.

Melihat kepada persembahan mantap yang beliau persembahkan, ramai peminat percaya Martial bakal menjadi mesin pencetak gol United di bawah kendalian Ten Hag.

Beliau dikatakan bakal menjadi mimpi ngeri untuk pemain-pemain pertahanan dalam saingan Premier League dan ada juga peminat yang percaya beliau akan mampu mencabar gelaran kasut emas pada musim baru nanti.

Satu hal yang pasti, Erik ten Hag akan sangat berharap agar Martial akan mampu konsisten dan akan mempamerkan aksi persembahan yang sama pada musim baharu nanti.

Adakah Martial akan mampu untuk beri masalah kepada pemain pertahanan dalam saingan Premier League pada musim baharu nanti? bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN