Ten Hag Beri Penjelasan Tentang Situasi Terkini Phil Jones Di Old Trafford

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag tampil menjelaskan tentang situasi terkini pemain pertahanan, Phil Jones di Old Trafford dan sepertinya ramai penyokong bimbang mendengar hal tersebut.

Phil Jones yang kini berusia 30 tahun itu hanya membuat lima penampilan sahaja untuk Man United sejak dari penghujung musim 2019/20 yang lalu.

Dari lima penampilan, beliau hanya dua kali sahaja diturunkan dalam kesebelasan utama dan Jones membuat kesemua penampilan itu ketika kelab dikendalikan oleh Ralf Rangnick.

Walau bagaimanapun, sejak United dikendalikan oleh Erik ten Hag, Jones sepertinya semakin dilupakan dengan beliau langsung tidak pernah disenaraikan dalam senarai skuad pilihan pengurus dari Belanda itu.

Dalam satu temu bual terbarunya menjelang aksi bertemu Reading, Erik ten Hag tampil menjelaskan tentang situasi terkini Jones di Old Trafford.

Bekas pengurus Ajax itu mendedahkan yang Phil Jones tidak pernah menyertai sesi latihan bersama skuadnya dan akan terus berada di bilik rawatan sepanjang musim ini.

Erik ten Hag juga turut ditanya adakah kelab berminat mahu menawarkan kontrak baru kepada Jones memandangkan kontrak asalnya akan tamat pada penghujung musim ini.

“Tidak, masih tiada pembaharuan sehingga sekarang.”

Jelas Ten Hag ketika bercakap tentang masa depan Jones.

“Keputusan tentang kontrak adalah pada musim panas nanti, tapi untuk sepanjang musim ini dia menderita kecederaan.”

Ketika ditanya adakah Jones akan kembali beraksi atau tidak, pengurus United itu menyatakan:

“Saya tak boleh cakap apa-apa.”

“Apa yang boleh saya katakan dia tak boleh sertai sesi latihan sejak dari hari pertama saya di sini jadi saya rasa tidak mungkin akan ada kesempatan untuk dia kembali pulih dengan segera dan boleh bermain sebelum tamat musim ini.”

Jones sememangnya kerap diketepikan dek kerana beliau sering dibelenggu masalah kecederaan dan ramai peminat yang mendesak pihak kelab supaya menjual sahaja bintang England itu.

Walau bagaimanapun, masih ramai sebenarnya peminat yang menunjukkan simpati mereka kepada Jones dan bimbang akan tahap kesihatan mental pemain pertahanan itu.

Jones sebelum ini pernah mendedahkan yang beliau bergelut dengan masalah mental dan melihat kepada situasi terkini beliau, jelas sekali ramai peminat yang bimbang kesihatan mental beliau akan terjejas lebih teruk.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN