Apa Akan Jadi Kepada Tempat Ke-4 EPL Jika United Juara Europa League?

Apa akan jadi kepada tempat ke-4 EPL jika Manchester United juara Europa League pada akhir musim ini?

Satu persoalan yang banyak kami terima walaupun ada ramai pembaca kami cuba menerangkan isu ini dalam komen balas.

Sejak musim lalu UEFA telah memberikan tempat ke slot pusingan kelayakan UCL kepada Juara Europa.

Sevilla telah menjadi pasukan pertama yang mara ke UCL dengan cara ini. Oleh itu ada 5 pasukan dari Sepanyol beraksi dalam UCL.

Mereka adalah Barcelona, Real Madrid, Atletico dan Villareal yang mara kerana berada dalam 4 teratas dalam liga. Sevilla pula mara daripada pusingan kelayakan atas tiket juara Europa.

Maksimum pasukan dari sesebuah liga utama mara ke UCL adalah 5. Namun bukan semua boleh dapat 5 tempat ini.

Yang mendapat maksimum 5 tempat hanya untuk pasukan yang memenangi 3 teratas dalam ranking country coefficients.

3 teratas dalam ranking country coefficients ini diberikan 4 slot untuk ke UCL. Tempat ke-4 akan beraksi di pusingan kelayakan.

Ini adalah pembahagian jumlah pasukan beraksi di UCL musim ini berdasarkan ranking coefficients ini.

Jadi, mana-mana negara yang berada di ranking 3 teratas ini menghasilkan juara dalam UCL atau UEL tetapi juara tersebut tidak menamatkan liga di 4 teratas.

Mereka akan diberikan slot khas bersama 4 lagi pasukan tempat teratas dalam liga. Juara ini akan bermain di peringkat kelayakan bersama dengan pasukan di tangga ke-4.

Ini adalah matematik mudahnya

Jumlah pasukan layak = Slot coefficients + Juara (UCL / UEL  yang gagal mendapat slot coefficients)   

Dengan kejayaan Leicester mara sehingga ke suku akhir, pasukan dari England mungkin boleh menarik nafas lega. Manchester City pula mara sehingga ke peringkat 16 terakhir.

Ini kerana kemungkinan besar England masih mengiringi Sepanyol dan Jerman mendapat 3 teratas dalam ranking coefficients ini.

Pada 2006, UEFA buat pertama kalinya membenarkan Liverpool untuk beraksi dalam pusingan kelayakan UCL selepas mereka menjuarai UCL dan menamatkan liga di luar 4 teratas.

Namun malangnya Everton tewas dalam pusingan kelayakan ke UCL.

Pada 2012, Totenham Hotspurs dinafikan hak mereka beraksi di UCL kerana UEFA menggunakan peraturan hanya 4 pasukan dari EPL yang berhak bermain dalam UCL.

Chelsea ketika itu menjuarai UCL dan menamatkan liga di tangga ke-6. Ia agak kejam kerana Spurs  antara pasukan yang terbaik di Eropah ketika itu.

Sejak daripada peristiwa inilah UEFA memperkenalkan sistem konsisten untuk memberikan maksimum 5 pasukan dan angka coefficients untuk setiap negara tidak akan diganggu.

Misalnya Itali, jika  pasukan dari negara mereka menjuarai UEL musim ini, bermakna mereka akan kekal dengan 3 pasukan yang sudah diberikan tempat mutlak dan ditambah 1 lagi pasukan, jika juara UEL di luar 3 teratas.

Ini bermakna juara UCL atau UEL yang menamatkan liga di luar slot UCL berdasarkan ranking coefficients tidak akan mengganggu pasukan yang berada di kedudukan tersebut.

Berdasarkan kedudukan semasa, England masih berada di 3 teratas bersama Sepanyol dan Jerman.

Dan jangan lupa, UEFA sukakan pasukan dari England untuk membantu mereka dalam meningkatkan kadar tontonan.

Ini antara sebab mereka dikataka pening apabila pasukan seperti Manchester United, Chelsea dan Liverpool tidak beraksi di UCL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN