4 Perlawanan ‘Kalah Dalam Menang’ Yang Pernah Berlaku Di Liga Malaysia

Semua orang nak tengok pasukan mereka menang, bukan? Menang merupakan satu nikmat yang tidak terhingga selaku seorang penyokong dan peminat tegar bolasepak.

Apabila kita menang, kita boleh perli kawan-kawan dan boleh berasa lega pasukan kita masih berada dalam laluan yang sepatutnya ataupun pasukan kita sudah mula bangkit.

Tapi percayakah anda? Ada juga kemenangan yang dapat menghilangkan perasaan kemenangan tersebut kepada pasukan serta penyokong? Boleh dikatakan sudah menang tapi tak memberi makna.

Jom lihat 4 kemenangan yang tidak memberi makna yang besar kepada pasukan yang memenanginya, pasukan yang kalah pula meraikan kekalahan mereka.

Terengganu 4-2 Kelantan (Piala FA Malaysia 2013)

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah ini, Terengganu ketinggalan 1-4 menerusi aggregat dalam separuh akhir Piala FA Malaysia.

Perlawanan yang sukar bagi tuan rumah untuk menterbalikkan keputusan tersebut. Namun, keajaiban seolah olah telah diciptakan Terengganu. Mungkin kebangkitan paling agung tercipta.

3 gol dari Vincent Bikana, G. Puaneswaran dan Effa Owona telah menyamai aggregat dan meletakkan Terengganu selesa mendahului sebelum Manaf Mamat pada masa tambahan menambah keselesaan dengan jaringan keempat.

Dalam masa kecderaan juga, Kelantan menerusi pertahanannya Obinna Nwaneri muncul pemusnah pesta Terengganu. Gol tersebut mengikat aggregat 5-5.

Ketika masa tambahan rancak berlangsung, betul-betul pada minit 129 Kelantan menjaringkan gol menerusi Dickson Nwakaeme. Gol tersebut membunuh harapan Terengganu.

Kelantan ke perlawanan akhir dengan aggregat 6-5.

Terengganu 3-2 Lions XII (Piala FA Malaysia 2015)

Perlawanan kedua separuh akhir Piala FA Malaysia ini berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. Dalam perlawanan pertama, Lions XII menang 2-1 di Jalan Besar.

Misi utama Lions XII ialah memburu gol di tempat lawan dan ianya berhasil apabila Khairul Amri menjaringkan dua gol di sana.

Terengganu juga tak kurang hebatnya, 2 gol dari Paulo Rangel menamatkan separuh masa pertama dengan 2-2.

Selepas rehat, Terengganu perlukan dua gol untuk layak ke perlawanan akhir dan Norshahrul Idlan Talaha berjaya menjaringkan gol ketiga Terengganu – hanya satu gol diperlukan.

Ketika perlawanan menuju penamat, Nordin Alias hampir diangkat selaku wira tuan rumah dengan jaringan tandukan beliau menyudahkan hantaran rakannya. Namun sayang beliau di sahkan dalam kedudukan ofsaid.

Detik inilah yang memulakan babak rusuhan di Stadium Sultan Mizan oleh penyokong tuan rumah yang tidak berpuas hati dengan pembatalan gol tersebut. Rangel dan Gustavo Lopez di layangkan kad merah selepas membantah pengadil.

Rusuhan menyebabkan kebakaran di beberapa bahagian stadium, lobi utama juga rosak dan ada kaca bas SP Bumi yang pecah dibaling objek. FRU memainkan peranan dalam situasi tersebut.

FELDA United 2-1 JDT (Liga Super 2015)

Ini merupakan perlawanan terakhir Liga Super 2015 dan perlawanan bagi menentukan juara Liga Super 2015 antara JDT dengan Pahang FA. Pahang bertemu Terengganu dalam hari sama.

Jaringan Shahrul Saad dan Indra Putra seakan akan menamatkan harapan Harimau Selatan merangkul kejuaraan liga kali kedua berturut turut. Lebih perit, ia ditambah dengan kad merah ke atas Junior Edstal.

Gol penalti Luciano Figueroa sedikit memberi harapan. Namun selepas tamat 90 minit di Selayang, kedudukan 2-1 masih kekal tetapi selepas wisel di tiupkan pengadil, penyokong dan para pemain JDT meraikan perlawanan ini.

Hal ini kerana, pencabar mereka iaitu Pahang FA juga tewas dalam aksi terakhir liga tersebut kepada Terengganu 0-2 di Gong Badak dan seterusnya memberikan kejuaraan kedua berturut turut untuk JDT.

JDT 2-1 Pahang (Piala FA Malaysia 2017)

JDT ketinggalan 1-3 menerusi aggregat setelah kekalahan di Stadium Darul Makmur sebelum itu dan mereka perlukan kebangkitan.

Di Larkin, 2 gol yang di cari cari tuan rumah berhasil pada separuh masa pertama apabila Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrera meletakkan mereka di depan 2-0.

Perlawanan berlangsung seimbang selepas itu dan kedua dua pasukan mencari satu gol. 1 gol untuk Pahang bermakna mereka ada gol ditempat lawan manakala satu gol dari JDT meletakkan mereka selesa.

Ketika perlawanan dilihat milik Johor DT, Mahamdou Sumareh pantas menafikan keraian di Larkin oleh penyokong tuan rumah menerusi tandukan beliau di lewat permainan.

Gol itu menyentak harapan JDT dan mereka gagal mencari gol ketiga selepas itu.

Pahang melangkah ke separuh akhir dan kini di peringkat akhir untuk menentang Kedah.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan Azhan Mohi yang merupakan penulis di 90minit.com . Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN