Tembakan Hong Wan Bikin Tembok KL City Roboh Untuk Julang Piala FA

Johor Darul Ta’zim (JDT) tampil unggul untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA musim ini, selepas kejayaan mereka untuk menundukkan Kuala Lumpur City (KL City) menerusi keputusan penuh 2-0.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), JDT tampil dengan begitu bertenaga sejak tiupan wisel awal permainan dibunyikan dalam usaha mereka untuk memecahkan blok pertahanan kebal skuad kendalian Bojan Hodak.

Tampil tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama, JDT berjaya meraih dua gol seterusnya menerusi Nathaniel Shio Hong wan serta Leandro Velazquez untuk memastikan kejuaraan tersebut kekal milik mereka.

Salah satu perkara yang paling menarik pada perlawanan ini pastinya terarah kepada jaringan deras Hong Wan yang dianggap sangat berkualiti untuk mencetuskan kemenangan JDT meraih kejuaraan tersebut.

Awal perlawanan menyaksikan JDT tampil menguasai permainan dengan begitu baik, dengan beberapa gerakan cuba dicipta untuk memburu jaringan awal bagi mengetepikan pasukan lawan.

KL City ketika ini lebih banyak bertahan serta masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan permainan berbanding JDT yang lebih selesa bertukar-tukar hantaran.

Sesekali skuad kendalian Bojan Hodak cuba mencipta serangan mereka daripada bahagian tengah menerusi Romel Morales sebelum ianya disekat oleh pertahanan JDT.

Memasuki 10 minit perlawanan, kedua pasukan masih belum berjaya mencipta sebarang percubaan tepat untuk mendapatkan jaringan awal yang dicari-cari.

Kad kuning pertama akhirnya diberikan kepada KL city menerusi pemain mereka iaitu Zhafri Yahya pada minit ke-13 selepas ada kekasaran dibuat kepada Leandro Velazquez.

KL City melepaskan peluang terbaik mereka untuk mendapatkan jaringan awal menerusi sepakan percuma Paulo Josue yang gagal disambar Matko Zirdum di hadapan gawang gol pada minit ke-15.

Dua minit kemudian, giliran Morales pula mendapat peluang untuk mencipta jaringan menerusi satu percubaan dari luar kotak penalti, sebelum bola sedikit tersasar keluar.

Pada minit ke-19, Bergson mendapat satu peluang untuk melepaskan rembatan deras dalam kotak penalti sebelum ianya tersasar tinggi daripada gawang gol KL City.

JDT berjaya memperoleh satu percubaan sangat baik pada minit ke-27 menerusi Afiq Fazail menerusi satu rembatan kencang sebelum ianya terkena palang gol, sekali gus menyelamatkan kubu kebal KL City seketika.

KL City sekali lagi melepaskan satu peluang terbuka untuk mendapatkan jaringan, selepas rembatan dilepaskan T. Saravanan pula sekadar melewati gawang gol pada minit ke-36.

Kelibat Saravanan jelas memberi kesukaran buat JDT, selepas penyerang muda KL City ini jelas memiliki kualiti tersendiri untuk mengatasi pertahanan lawan serta lincah mengawal bola.

Bersambung di separuh masa kedua, KL City terlebih dahulu mendapat ruang menerusi Matko Zirdum yang melepaskan satu tandukan menerusi situasi sepakan percuma sebelum ianya sedikit tersasar.

JDT jelas meningkatkan intensiti permainan mereka kini dengan siri serangan dilancarkan secara bertali arus dan memaksa KL City berkampung di kawasan sendiri.

Jaringan yang dinantikan JDT akhirnya tiba menerusi sentuhan daripada Bergson da Silva, sebelum ianya dibatalkan pengadil kerana ‘offside’ pada minit ke-59.

Secara tiba-tiba Nathaniel Shio Hong Wan berjaya meledak gol yang tidak dijangka pada jarak jauh untuk meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-65 selepas pasukan tersebut mengalami pelbagai kesukaran untuk menembusi benteng kebal KL City.

Pada minit ke-73, giliran Leandro Velazquez pula membantu JDT mendapatkan gol kedua pada aksi final ini selepas ada kekalutan berlaku dalam petak penalti KL City dan mengelirukan Kevin Ray Mendoza.

JDT jelas masih lagi bernafsu untuk mendapatkan jaringan seterusnya menerusi beberapa siri gerakan berbahaya dicipta mereka sebelum ianya diselamatkan pertahanan lawan.

Keputusan perlawanan kekal tamat dengan kemenangan 2-0 menjadi milik JDT untuk mereka mencipta kejayaan kali ketiga memperoleh Piala FA bagi mengatasi KL City.

Kesebelasan utama

Johor Darul Ta’zim (JDT): Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Penjaga gol), Matthew Thomas Davies, Mohd Afiq Fazail, Jordi Amat Maas (Kapten), Nathaniel Shio Hong Wan, Bergson Gustavo Silveira da Silva, Leandro Sebastian Velazquez, Muhamad Feroz Baharudin, La’vere Lawrence Corbin-Ong, Arif Aiman Mohd Hanapi, Fernando Martin Forestieri

Kuala Lumpur City (KL City): Kevin Ray Mendoza Hansen (Penjaga gol), Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri, Matko Zirdum, Lambert Ryan Edward Lee Kit Seng, Romel Oswaldo Morales Ramirez, Zhafri Yahya, Giancarlo Gallifuoco, Lambert Declan Stephen Lee Kit Meng, Sebastian Osbol Avanzini, Saravanan Thirumurugan, Paulo Josue Sturmer dos Reis (Kapten)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN