Sadio Mane meluahkan bagaimana beliau rasa bersalah untuk meraikan kejayaan Senegal menjuarai saingan AFCON 2021, kerana memikirkan hati dan perasaan sahabatnya, Mohamed Salah.
Penyerang handalan Liverpool itu bersama rakan sepasukannya, Senegal berjaya menewaskan Mesir menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi perlawanan akhir AFCON 2021 minggu lalu.
Mane merupakan pengambil sepakan penalti terakhir Senegal, dengan kejayaan beliau menyempurnakan sepakan penalti itu secara tak langsung membantu mengesahkan kemenangan skuadnya.
"He should just enjoy it"
Jurgen Klopp confirms that Mo Salah is BACK in Liverpool training but won't feature vs Leicester – while Sadio Mane is still away with Senegal pic.twitter.com/DMFCRc5OHS
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) February 9, 2022
Ia jelas sekali detik yang sangat menggembirakan untuk beliau, rakan sepasukannya, pengurus pasukan dan seluruh warga Senegal kerana ia merupakan kejayaan pertama mereka membawa pulang Piala terbesar di benua Afrika itu.
Mane terus cari Salah
Selepas meraikan gol jaringan beliau yang membantu Senegal untuk muncul sebagai Juara AFCON, Mane segera mencari sahabatnya, Mo Salah lalu cuba menenangkan bintang Mesir itu.
Mane memeluk Salah dan memujuk sahabatnya itu supaya jangan bersedih dan beliau menghabiskan masa yang akan panjang untuk bersama ketua pasukan Mesir itu, sebelum kembali meraikan kejayaan mereka bersama rakan sepasukannya.
Lebih menakjubkan lagi, Mane turut mengeluarkan kenyataan yang beliau berharap Salah akan mampu memenangi gelaran AFCON edisi 2023 nanti kerana merasakan Mesir berhak.
Salah and Mane catching up before the AFCON final 🤗 pic.twitter.com/JXaO9R5wqc
— ESPN UK (@ESPNUK) February 6, 2022
Ia sudah cukup untuk membuktikan yang Sadio Mane sebenarnya sangat sayangkan sahabat beliau, itu dan mahukan yang terbaik untuknya.
Mane sedih raikan kemenangan di hadapan Salah
Sadio Mane baru-baru ini ada menyatakan yang beliau sebenarnya sedih dan rasa bersalah kerana meraikan kejayaan Senegal di hadapan sahabat karibnya itu.
“Saya ada sisi kesedihan dalam diri saya untuk Mohamed Salah. Saya harap kami berdua akan menang kejuaraan bersama. Saya tak suka cara meraikan kejayaan di hadapan salah seorang kawan baik saya.”
Jelas Mane kepada 365 Scores Egypt.
Sadio Mané:
“I have a very sad part of me inside for Mohamed Salah. I wish we both would win the championship. I did not like the idea of celebrating in front of one of my best friends.” [365 Scores Egypt] pic.twitter.com/jyGDiJZEOa
— The Anfield Talk (@TheAnfieldTalk) February 9, 2022
Mane merasakan beliau tak sepatutnya bergembira ketika salah seorang sahabatnya, Salah sedang berduka kerana baru sahaja berdepan dengan kekalahan.
Satu pujian untuk Mane kerana beliau masih sempat berfikir hati dan perasaan sahabatnya itu, ketika beliau baru sahaja membantu negaranya memenangi Piala AFCON pertama dalam sejarah bola sepak mereka.
Walau bagaimanapun, kedua-dua Salah dan Mane selepas ini akan sekali lagi dipertemukan, dengan mereka selepas ini akan turun beraksi dalam aksi kelayakan Piala Dunia.
Hanya satu pasukan sahaja dari mereka yang akan mampu melayakan diri ke Qatar nanti, dan ia jelas bakal menjadi satu lagi perlawanan yang besar untuk kedua-dua pasukan.
Salah dan Mane wira kebangkitan Liverpool
Kedua-dua Salah dan Mane tidak boleh dinafikan lagi sememangnya cukup dikenali sebagai pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak, dengan mereka berjaya mencipta gandingan sungguh mantap bersama Roberto Firmino.
Sadio Mané 🗣
“I have a very sad part of me inside for Mohamed Salah. I wish we both would win the championship. I did not like the idea of celebrating in front of one of my best friends.” pic.twitter.com/TifkshS86s
— Liverpool News (@LFCVine) February 9, 2022
Trio serangan Liverpool itu jelas sekali merupakan tulang belakang dan nadi penting yang membantu kebangkitan The Reds dari pasukan pertengahan liga, kini menjadi antara kuasa besar dalam dunia bola sepak.
Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup dan Premier League merupakan antara gelaran yang berjaya dijulang oleh kesemua mereka bersama skuad Liverpool.
Salah dan Mane masih konsisten menjadi mesin pencetak gol paling bahaya untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu, dan mereka jelas sekali sangat berharap akan mampu memenangi sesuatu pada musim ini.
Liverpool berada di kedudukan kedua dalam carta saingan liga, dan jelas sekali mereka berpotensi untuk cuba mencabar Manchester City dalam merebut gelaran Premier League.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga akan turun dalam aksi perlawanan akhir saingan EFL Cup bertemu Chelsea pada hujung bulan ini.
Sadio Mane consoling Mohamed Salah moments after scoring the winning penalty in the AFCON final. Class 👏🔴 pic.twitter.com/7ri7iPdBo4
— TheKop.com (@TheKop_com) February 6, 2022
Selain itu, Liverpool turut masih ada di pusingan kalah mati saingan Champions League dan FA Cup, dan jelas sekali dari kesemua pertandingan tersebut, sudah tentu The Reds setidak-tidaknya menyasarkan satu untuk mereka bawa pulang.