“Gugur 3 Pemain JDT, Bawa Masuk 4 Pemain Selangor FC” – Adakah Gergasi Merah Mangsa Keadaan?

Skuad AFF B-23 gugur JDT panggil Selangor

Empat pemain Selangor FC telah dipanggil secara tiba-tiba oleh pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney apabila menggugurkan empat pemain dengan tiga daripadanya merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, kemasukkan empat pemain baharu ini disebabkan Maloney hilang empat pemain iaitu Safwan Mazlan yang digugurkan akibat positif Covid-19, manakala Alif Mutalib, Umar Hakeem dan T. Shaheeswaran telah dikembalikan semula ke kelab asal mereka iaitu JDT.

Namun, tiada penjelasan lanjut daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai tiga lagi pemain itu.

Mungkin FAM terlupa pesanan pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) tentang pendedahan perkara sebenar yang perlu dilakukan agar tidak timbul spekulasi yang tak sepatutnya.

Sebelum ini, masalah kepincangan pemilihan pemain telah berlaku kepada skuad kebangsaan yang menyertai saingan Piala AFF Suzuki 2020 dan telah memberi pelbagai indikasi termasuk gagal membawa pemain terbaik.

Adakah Maloney idamkan kejuaraan dengan membawa benteng terbaik di saingan Piala AFF B-23 2022?

Saat kita menjangka akan dapat melihat pilihan ‘segar’ untuk Piala AFF kali ini, pengendali, Maloney pula rasa beliau masih memerlukan khidmat Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Azrin Afiq Rusmini dan Harith Haiqal Adam Afkar bagi mengukuhkan barisan benteng skuad negara untuk berdepan cabaran pasukan serantau.

Ahmad Zikri, Azrin Afiq dan Harith Haiqal merupakan gandingan utama ketika di pusingan kelayakan Piala Asia sebelum ini yang menyaksikan Malaysia mara secara merit buat kali kedua selepas melakukannya di edisi 2018.

Menggunakan formasi 3-4-3, trio bek bertiga itu menjadi ‘dinding kebal’ skuad kendalian Maloney apabila tidak dibolosi waima satu gol pun. Malaysia muncul juara Kumpulan J, mengumpul tujuh mata selepas menang dua kali dan seri sekali. Malaysia mara ke pusingan akhir Piala Asia selepas mengikat Thailand dalam aksi terakhir.

Menariknya, ketiga-tiganya merupakan pemain Selangor termasuk penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Sebuah portal bola sepak Selangor, Merah Kuning 24/7, dilihat turut mempersoalkan, mengapa Selangor sekali lagi jadi mangsa atas kegagalan pengurusan tidak menentu oleh FAM? Dan ini bukan kali pertama ia berlaku.

Sejak tahun lalu FAM terlalu takut-takut dalam pemilihan pemain ke pasukan-pasukan kebangsaan seolah-olah diganggu ‘tangan ghaib’, akhirnya prestasi menjadi caca marba seperti dalam Piala AFF tahun lalu, dan dalam isu terkini, menyusahkan pihak lain.

Izhan, Zikri, Azrin dan Harith merupakan pemain muda, tetapi mereka sudah dinaikkan ke pasukan utama secara rasmi dan ada peranan sekurang-kurangnya sebagai pemain ‘back-up’. Walaupun Liga Super Malaysia belum bermula, persiapan pra-musim Selangor sedang berjalan dan sudah pasti keempat-empat pemain ini juga perlu menjalaninya.

Merah Kuning 24/7

Selepas ‘Bunyi’ Melalui Media, Harith Haiqal Akhirnya Dilepaskan Selangor

Tiada masalah untuk Maloney memanggil semula benteng terbaiknya ketika saingan kelayakan Piala Asia B-23.

Namun, apabila ia sekali lagi melibatkan Selangor, ia menimbulkan spekulasi yang tak sepatutnya kerana tiga pemain JDT pula dilepaskan tanpa penjelasan lanjut daripada mana-mana pihak termasuk daripada jurulatih.

Sebagaimana dalam artikel Semuanya BOLA, Elak Spekulasi ‘Tangan Ghaib’ – FAM Perlu Perjelas Mengapa 3 Pemain JDT Digugurkan Daripada Skuad B-23, FAM perlu tampil menjernihkan apa yang semakin keruh saat ini.

Adakah FAM tidak cakna akan titah Baginda selepas apa yang berlaku sebelum ini? Kami percaya ada sebab tindakan penguguran tersebut dilakukan. Dan kami percaya pemain yang dibawa masuk daripada Selangor itu adalah yang terbaik buat skuad Harimau Muda. Pastinya semua pihak juga ingin tahu penjelasan sepatutnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN