Teka Teki Persiapan Perak Musim 2022 Menjadi Tanda Tanya Buat Penyokong

Saat semua pasukan sedang sibuk membuat persiapan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2022, status pasukan Perak yang kini menghuni di Liga Premier masih menjadi tanda tanya setelah tiada perkhabaran langsung mengenai persediaan skuad tersebut.

Sehingga kini selain penyokong pasukan tersebut, para pemerhati bola sepak negara juga tidak mengetahui sama ada Perak sudah melengkapkan para pemain untuk dibawa bersaing musim baharu ini atau masih dalam suasana menyiapkan segalanya.

Jelas Azman Noh selaku bekas Pengurus Besar Perak, jadual perlawanan untuk musim baharu ini sudah pun dikeluarkan, namun masih menjadi tanda tanya buat pasukan tersebut setelah masih tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan daripada skuad The Bos Gaurus ini mengenai pasukan termasuklah barisan keseluruhan pemain.

“Saya difahamkan senarai akhir pemain belum ada lagi dan tiada kenyataan rasmi daripada Perak FC sehingga kini,” katanya pada perlawanan pembukaan Piala Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir Tahun 2022 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di sini, oleh Berita Harian.

Azman jelas berharap agar segala urusan dalam mempersiapkan pasukan dapat dibuat dengan baik serta berjalan lancar agar menyelesaikan segala permasalahan yang sebelum itu dihadapi pasukan berkenaan sekali gus dapat memberi persaingan sengit dalam cabaran Liga Premier musim ini.

“Kita mengharapkan Perak FC dapat bersaing dalam Liga Perdana 2022. Kita tidak mahu Perak FC menerima nasib seperti pasukan Perlis yang gagal bermain dalam sebarang kejohanan anjuran Malaysia Football League (MFL),” katanya.

Setakat ini difahamkan masih ada beberapa isu yang belum diselesaikan oleh pasukan tersebut biarpun kini ia sah dimiliki oleh syarikat Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd sebagai pemilik baharu buat Perak.

Pada masa yang sama, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dikhabarkan masih mengenakan sekatan buat pasukan Perak untuk mendaftar mana-mana pemain baharu bagi menghadapi Liga Premier 2022. Untuk ketika ini, skuad tersebut hanya boleh mendaftarkan pemain sedia ada dalam pasukan.

Sementara itu, selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Manjung, Azman berharap agar Pesuruhjaya Sukan dapat membuat ketetapan sama ada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang telah diadakan pada 19 Disember lalu sebagai sah atau tidak.

Ini kerana menurut beliau, EGM berkenaan bukan untuk merombak Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) sebaliknya hanya untuk mengisi kekosongan jawatan presiden dan timbalannya manakala bagi jawatan lain adalah kekal.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN