Teguran Robin van Persie Kepada Anaknya Yang Menyalahkan Jurulatih

Seperti ibu bapa lain, Robin van Persie turut mempunyai seorang anak yang sedang aktif bermain bola sepak di peringkat akar umbi. Anaknya Shaqueel van Persie, 13, ketika ini sedang bermain untuk pasukan Feyenoord bawah 14 tahun.

Dan seperti pemain-pemain muda lain di peringkat akar umbi, Shaqueel berdepan dengan kekecewaan tidak terpilih dalam perlawanan sehingga menjatuhkan semangatnya. 

Sejak kami membuat liputan bola sepak dari tahun 2014, kami telah mendengar banyak cerita daripada jurulatih akar umbi tentang bagaimana ibu bapa pemain memberi reaksi apabila anak mereka tidak terpilih untuk bermain dalam sesuatu perlawanan.

Kami banyak mendengar cerita ada ibu bapa di Malaysia yang mengugut jurulatih supaya memberikan anaknya  peluang bermain. Jika jurulatih enggan, mereka akan mencari akademi atau jurulatih lain yang akan memberikan peluang bermain kepada anak mereka.

Secara jujurnya, tak ada masalah jika ibu bapa memilih untuk berbuat demikian. Mereka berhak untuk menentukan apa yang dirasakan terbaik untuk anak mereka. 

Tetapi Robin van Persie memilih pendekatan yang lain apabila anak beliau, Shaqueel tidak terpilih dalam satu perlawanan.

Bercakap menerusi podcast The High Performance milik personaliti BT Sports, Jake Humphrey, van Persie berkongsi cerita berikut:

“Anak saya bermain dalam pasukan Feyenoord. Pada satu hari, pasukannya menentang pasukan bawah-14 Ajax Amsterdam.

“Dia hanya duduk di bangku simpanan. Dia tak terpilih untuk bermain. Jadi dalam kereta, ketika perjalanan balik ke rumah, dia merajuk. Kecewa, sedih dan banyak merungut fasal banyak benda. Merungut fasal jurulatih dan sebagainya.

“Kemudian saya cakap: Tahu tak, kalau kamu merungut macam ini, kamu kedengaran seperti orang yang tak berjaya. Kamu kedengaran macam orang yang dah kalah. Kamu salahkan orang lain, tapi kamu tak salahkan diri sendiri pun.

“Orang yang berjaya, mereka kawal kehidupan mereka sendiri. Mereka takkan cari salah orang lain dan mereka sentiasa cari ruang untuk perbaiki diri sendiri. Ini yang patutnya kamu fikir.

“Kamu patutnya kena tanya diri sendiri – saya nak berjaya atau tak?

“Saya tak kisah kalau dia nak jadi orang berjaya atau tak. Sebab saya ayah dia. Rasa sayang saya sebagai seorang ayah tetap takkan berubah kalau dia jadi orang tak berjaya pun.

“Sebagai ibu bapa, tugas seorang ayah dan ibu adalah memdidik dia menjadi insan yang berguna apabila masuk umur 20 tahun nanti. Dia boleh buat seberapa banyak kesilapan pun dalam kehidupan dia, rasa sayang saya tetap takkan berubah. Saya tak kisah pun jika dia berjaya menjadi pemain bola sepak atau tak.

“Saya cakap: kamu kata bola sepak adalah minat kamu. Jadi kamu kena kawal hidup kamu sendiri dan berhenti merungut sebab itu perangai orang yang tak berjaya dalam kehidupan. 

“Dalam sesi latihan seterusnya, saya sengaja nak tengok sesi latihan dia. Saya nampak perubahan sikap dia dalam latihan. Dia nampak macam harimau – berlari, bekerja keras. Dia dah sedar, dia kena kawal hidup dia sendiri kalau nak berjaya.

Anda boleh dengar sendiri bagaimana van Persie mendidik mentaliti orang berjaya kepada Shaqueel dalam video di bawah:

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN