Robin Van Persie: “Arsene Wenger Adalah Pengurus Terbaik Di Dunia”

Robin Van Persie merupakan antara nama para penyerang yang cukup terbilang pernah beraksi dalam kancah Premier League.

Beliau sebaris dengan nama-nama seperti Didier Drogba, Theirry Henry dan juga Alan Shearer kerana ketajaman mereka di hadapan pintu gol.

Beliau merupakan antara pemain yang cukup dipuja oleh para peminat Arsenal, namun selepas perpindahan beliau ke Manchester United beliau tidak lagi digemari oleh peminat pasukan Arsenal.

Walaupun tidak lagi digemari oleh penyokong Arsenal, namun Van Persie tetap terhutang budi kepada kelab tersebut terutamanya kepada pengurusnya iaitu Arsene Wenger.

Sejak tiba di kelab tersebut pada usia muda, Wenger merupakan individu bertanggungjawab yang menggilap bakat Van Persie sehingga beliau menjadi penyerang yang cukup berbisa di kemuncak kariernya.

Bagi Van Persie, Wenger merupakan pengurus terbaik di dunia yang pernah beliau berkerja bersama.

“Arsene Wenger merupakan pengurus terbaik di dunia.”

“Saya terhutang budi dengannya. Beliaulah punca kepada peningkatan saya sebagai seorang pemain dan juga sebagai seorang manusia.”

Bagi Van Persie, beliau cuma mempunyai kenangan manis sepanjang beliau bergelar pemain Arsenal dari 2004 hingga 2012.

“Saya cuma mempunyai kenangan manis sahaja bersama Arsenal. Saya sangat nikmati setiap minit, setiap hari saya berkerja dan bermain untuk Wenger.”

Robin Van Persie dan Arsene Wenger sewaktu berkerjasama di Arsenal.

Van Persie yang kini berusia 34 tahun kini beraksi untuk kelab Eredivise, Feyenoord – kelab di mana bermulanya karier beliau.

Rekod Robin Van Persi di Arsenal:

  • Penampilan: 194
  • Gol: 96
  • Kejuaraan: FA Community Shield (2004), FA Cup (2005)
  • Anugerah individu: Penjaring terbanyak FA Cup (2009), penjaring terbanyak Premier League (2012 & 2013) PFA Players’ Player of the Year (2012), PFA Fans’ Player of the Year (2012), PFA Team of the Year (2012 & 2013)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN