Thailand menewaskan Filipina 2-1 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A Piala AFF 2020 di Stadium Nasional, Singapura sebentar tadi – sekaligus menjadi pasukan pertama mengesahkan kemaraan ke separuh akhir.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sepanjang 20 minit pertama perlawanan. Namun keampuhan benteng pertahanan masing-masing berjaya menangkis serangan.
Teerasil Dangda akhirnya meletakkan Thailand di hadapan pada minit ke-26 selepas menerima umpanan menarik daripada Theeratorn Bunmathan.
Jaringan tersebut merupakan gol ke-18 Teerasil di Piala AFF dan menjadikan dirinya pemegang rekod gol terbanyak sepanjang zaman Piala AFF.
Penyerang berusia 33 ini memadam rekod yang dipegang penyerang legenda Singapura, Noh Alam Shah dengan jumlah 17 gol.
👑 𝓱𝓲𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓶𝓪𝓴𝓮𝓻
🥇 Teerasil Dangda nets a record-breaking 1️⃣8️⃣th goal in the #AFFSuzukiCup!#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #PHIvTHA pic.twitter.com/IKrmuZx2M3
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 14, 2021
Thailand sekali lagi memperolehi peluang keemasan pada minit ke-30, sekali lagi melalui Teerasil Dangda. Namun, percubaan Teerasil kali ini berjaya ditampan penjaga gol Filipina, Kevin Mendoza.
Babak pertama perlawanan berakhir dengan Thailand memiliki kelebihan 1 gol.
Bersambung babak kedua perlawanan, Thailand terus meneruskan rentak serangan serangan dan menguasai hampir keseluruhan dominasi bola.
🇵🇭 are right back in it!
🐕🦺 Patrick Reichelt with his 2️⃣nd goal in the #AFFSuzukiCup2020 #AFFSuzukiCup | #RivalriesNeverDie | #PHIvTHA pic.twitter.com/26vv4DI0cj
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 14, 2021
Thailand memperolehi peluang pertama di babak kedua melalui percubaan Thanawat Suengchitthawon dari jarak jauh pada menit ke-53. Namun, percubaan itu tidak menepati sasaran.
Bermula daripada satu gerakan set-pieces, Filipina akhirnya dapat menyamakan kedudukan pada minit ke-57 melalui penyudah Patrick Reichelt.
🧊 𝖎𝖈𝖊 𝖈𝖔𝖑𝖉
🤩 A familiar sight as Teerasil Dangda coolly converts from 12 yards!#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #PHIvTHA pic.twitter.com/i15gn3utZO
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 14, 2021
Selepas dibocori, Thailand terus meningkatkan intensiti serangan dan Thailand memperolehi sepakan penalti setelah bek Filipina Aguinaldo dipersalahkan kerana mengasari Thitiphan Puangjan pada menit ke-76.
Teerasil dengan tenang menyempurnakan sepakan tersebut untuk memberikan pendahulan kembali kepada Thailand dengan jaringan 2-1.
🎥 HIGHLIGHTS | 🇵🇭 Philippines 1-2 Thailand 🇹🇭
🐘 Led by a record-breaking performance from Teerasil Dangda, the War Elephants are through to the next round!#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #PHIvTHA pic.twitter.com/0QZP1Lyznh
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 14, 2021
Teerasil turut hampir menghasilkan hatrik dalam perlawanan ini. Namun tandukannya pada minit ke-86 sekali lagi berjaya ditampan oleh Kevin Mendoza.
Tiada tambahan gol lagi selepas itu dan Thailand mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala AFF pada tahun ini. Lebih manis, ia turut dihiasi dengan kejayaan Teerasil yang menjadi penjaring terbanyakn sepanjang zaman pertandingan tersebut dengan 19 gol.