‘Demi Selangor Tercinta’ – Nilai Sentimental Jadi Sebab Nidzam Jamil Tolak Tawaran Lain

Nidzam Jamil Selangor

Bukan mahu menolak rezeki, tetapi nilai sentimental Nidzam Jamil bersama Selangor menjadi faktor utama mengapa bekas ketua jurulatih Felda United itu menolak beberapa tawaran dari pasukan lain.

Dalam temubualnya bersama Media MFL, Nidzam menjelaskan sebaik sahaja ditawarkan jawatan penolong ketua jurulatih oleh pengurusan The Red Giants, beliau tidak perlu berfikir panjang untuk membuat keputusan.

Beliau mengakui nama Selangor mempunyai makna yangcukup besar buat dirinya kerana di sanalah beliau bermula segala-galanya dalam bola sepak.

“Sejujurnya saya ada terima beberapa tawaran lain selaku ketua jurulatih dari pasukan Liga Premier tetapi saya tidak memilih ke sana kerana merasakan ini waktu terbaik untuk balik ke Selangor,” ujar jurulatih berusia 41 tahun itu.

“Ini bukan pilihan yang susah buat saya untuk katakan tidak kepada Selangor kerana semua orang tahu Selangor adalah antara pasukan yang baik di Liga Malaysia.

“Malah saya tertarik dengan projek yang sedang dilakukan Selangor dengan memberikan penumpuan serius terhadap pembangunan pemain-pemain muda dari Selangor 2 dan 3 serta graduan dari AMD (Akademi Mokhtar Dahari) yang turut berada di sini.”

Dalam masa sama, beliau tidak mahu ramai melihat penerimaannya untuk menjadi penolong ketua jurulatih Selangor FC sebagai istilah turun pangkat sebaliknya sebaliknya mahu jadi sebahagian untuk membantu menaikkan nama skuad Merah Kuning itu di persada Liga Malaysia.

“Ini bukan soal hendak menjadi nombor satu atau dua tetapi kerana saya pernah berada di kedua-dua tempat tersebut sebelum namun apa paling penting, apa yang saya boleh tawarkan kepada Selangor pada musim depan, ” tambahnya lagi.

Pada 22 November lalu, beliau dan Karsten Neitzel dilantik sebagai penolong ketua jurulatih Selangor FC bagi membantu kepada Michael Feichtenbeiner pada hadapi musim 2022.

Nidzam Jamil bertindak ketua jurulatih di Felda selama dua musim pada 2019 dan 2020 selain pernah menjadi penolong ketua jurulatih kepada B.Satianathan pada musim 2017 serta 2018.

Dalam kariernya selaku pemain, Nidzam pernah menyarung Selangor FC selama lima musim dari tahun 1999 hingga 2004 selain pernah beraksi dengan PKNS, Negeri Sembilan dan Proton FC.

3 Sebab Kenapa Pelantikan Nidzam Jamil Penting Untuk Kembalikan Kegemilangan Selangor

“Saya sememangnya ada sentimental tersendiri dengan Selangor kerana dari sinilah saya mengenali bola sepak, bermula menjadi pengutip bola, berlatih di akademi sebelum bermain di semua kejohanan peringkat umur di Selangor dan diserap ke pasukan senior.

“Malah semasa remaja dahulu, saya sanggup naik bas dari Kajang untuk menyaksikan perlawanan membabitkan Selangor.

“Segala kenangan itu memang seronok yang menjadikan saya mahu jadi sebahagian balik dengan Selangor dan saya rasakan ini tempoh paling baik bagi bersama pasukan, ” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN