Teerasil Dangda Bawa Harapan Thailand Seperti Kiatisuk ‘Zico’ Senamuang Di Eranya

Teerasil Dangda Piala AFF 2020 Kiatisuk Senamuang

Mungkin ada yang meremehkan panggilan kepada Teerasil Dangda, namun saat ini beliau dilihat bakal memacu Thailand ke pentas final Piala AFF Suzuki – menyamai harapan penyokong kepada Kiatisuk Senamuang dahulu.

Ya, beliau sudah berusia 33 tahun dan bukan kapten skuad Gajah Perang pada edisi kali ini, begitupun auranya tetap dibawa ke dalam skuad ini. Dengan merekodkan 108 penampilan bersama mereka ketika ini, beliau adalah pemain paling berpengalaman yang telah disenaraikan oleh pengendali baharu Thailand, Alexandre Polking.

Alexandre Polking ada alasan yang tersendiri untuk memanggil Teerasil Dangda kali ini. Ujar pengendali itu tentang penyerang itu, “Dia merupakan penyerang terbaik yang pernah beraksi di bawah kendalian saya.”

“Pada perlawanan menentang Filipina, beliau beraksi dengan baik dan saya gembira mengenainya. Thailand mempunyai ramai penyerang muda namun saya masih memilih Teerasil. Saya yakin beliau boleh menjaringkan 6 atau 7 gol dalam saingan edisi kali ini,” tambahnya tentang pemain yang pernah sertai Manchester City itu.

Selepas empat penampilan, Teerasil Dangda telah melakar empat jaringan – terbanyak dalam kejohanan.

Ada benarnya, Thailand memiliki penyerang muda yang boleh dipertaruhkan seperti Ekanit Panya dan Suphanat Muentana yang banyak diguna ketika mereka dikendali oleh jurulatih berpengalaman dari Jepun, Akira Nishino.

Mengapa Ekanit Panya Lebih Bersedia Ke Peringkat Senior Berbanding Luqman Hakim

Namun, kedua-dua pemain muda itu tidak dibawa, malah beliau membawa Teerasil Dangda yang sudah agak berusia. Sejak bersama skuad kebangsaan pada 2007, beliau hanya sekali berjaya memenangi kejuaraan Piala AFF iaitu di edisi 2016 tetapi meraih gelaran penjaring terbanyak dalam tiga edisi iaitu 2008, 2012 dan 2016.

Walaupun mungkin tidak sama seperti lagenda, Kiatisuk Senamuang, namun dalam saingan kali ini, mungkin beliau membawa harapan yang sama. Piala AFF sudah lama tidak menyaksikan penyerang prolifik Thailand.

Ketika di era Kiatisuk Senamuang, beliau telah membawa mereka menang tiga edisi Piala AFF (Piala Tiger) iaitu di edisi 1996, 2000, and 2002. Sedikit berbeza, Teerasil hanya membawa mereka menang sekali walaupun beraksi dalam semua edisi sejak 2008 – kecuali edisi 2014. Tetapi kali ini, auranya dan Thailand berbeza.

Skuad Gajah Perang belum tewas dalam lima perlawanan, malah menang selesa 2-0 ke atas Vietnam.

Mereka selangkah ke pentas final hasil kemenangan ke atas Vietnam malam tadi. Tidak mustahil jika mereka mengekalkan prestasi sebagaimana perlawanan pertama separuh akhir itu, mereka mampu melakukannya.

Dan dalam saingan kali ini, Teerasil Dangda merupakan pemain terbanyak melakukan percubaan ke gawang lawan iaitu 20 percubaan – menyamai percubaan yang dilakukan bintang sensasi Vietnam, Nguyen Quang Hai. Beliau satu-satunya penyerang Thailand dalam senarai penyerang yang banyak membuat percubaan.

Malah, beliau telah memintas jaringan terbanyak di Piala AFF milik Noh Alam Shah – dengan 19 gol.

Malaysia juga membawa penyerang berusia, pemain naturalisasi, Guilherme de Paula yang berusia 35 tahun, tetapi apa sumbangannya? Jelas perbezaan ketara dimiliki dua penyerang ini. Teerasil Dangda masih aktif bermain di BG Pathum di Thai League, mungkin itu sebabnya beliau masih berprestasi seperti orang muda.

Kelebihan Teerasil Dangda adalah mencari ruang dan menempatkan diri di posisi yang tepat. Beliau tidak hanya mahir mencetak gol, beliau adalah penyerang yang berperanan sebagai deep-lying forward yang seakan-akan pemain tengah menyerang. Beliau juga tenang mengendalikan bola – satu perkara yang terbaik dimilikinya.

Walaupun tidak meledak gol berdepan Vietnam dalam separuh akhir pertama, malam tadi, beliau menyumbang kepada kelancaran jentera serangan Thailand. Adakah beliau akan berjaya dalam separuh akhir kedua nanti?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN