Tchetche Kipre: “Kami Perlu Kerja Keras Untuk Menang Perlawanan Ini”

Penyerang berbisa Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Tchetche Kipre menjadi antara pemain paling mencuri tumpuan untuk aksi malam ini bagi saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023) untuk berdepan Terengganu.

Beraksi di Cheras malam ini, pastinya ia menjadi kubu kuat buat tuan rumah iaitu KL City untuk berdepan cabaran Terengganu malam ini.

Tetapi untuk aksi malam ini, ia turut menjadi suatu nostalgia buat Kipre yang beraksi pada musim lalu bersama Sang Penyu dengan cukup menyakinkan sebelum berhijrah menyertai KL City musim 2023.

Malah, Kipre juga bukan lagi satu nama asing buat Terengganu kerana beliau memulakan karier di Malaysia pada tahun 2017 dengan begitu cemerlang sebelum menyertai Kedah Darul Aman (Kedah) untuk musim 2020.

Untuk aksi malam ini, pastinya sandaran utama akan diletakkan kepada Kipre dalam usaha KL City untuk mendapatkan gol di gelanggang lawan.

Malah, penyerang berusia 35 tahun itu juga mengakui tidak mempunyai sebarang rahsia tertentu dalam misi beliau untuk mengatasi bekas pasukan diwakilinya musim lalu itu.

Menurut Kipre, beliau bersama rakan sepasukan lain akan turun berhabis-habisan untuk memastikan kemenangan dapat diperoleh KL City walau beraksi di gelanggang lawan.

Pada masa sama, pemain kelahiran Ivory Coast itu juga mengakui beliau perlu tampil berhati-hati untuk aksi malam ini supaya tidak terperangkap akan taktikal pihak lawan.

Ketika ini, momentum pemain tersebut berada dalam keadaan cukup baik dan sedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama selaku penggempur buat KL City.

“Anda hanya perlu bekerja keras, itulah yang perlu kami lakukan dan kemudian lihat apa akan berlaku, tetapi tiada rahsia kerana anda hanya perlu melakukan yang terbaik untuk menang perlawanan malam esok.

“Saya tidak memikirkan pemain mana berbahaya, saya menghormati semua orang. Tetapi paling penting, kami tidak perlu takut kepada sesiapa pun, sebaliknya hanya perlu berhati-hati kerana mereka adalah pasukan yang sangat baik.

“Saya fikir kami perlu bekerja keras untuk memenangi perlawanan ini kerana ia adalah dua perlawanan yang paling penting.

“Saya berharap kami akan menang di sini dan perlawanan ini berbeza dengan aksi liga kerana kami mahu ke final Piala Malaysia,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Musim ini sahaja menyaksikan Kipre sudah pun meledak 10 gol bersama empat bantuan jaringan daripada keseluruhan aksi beliau bersama KL City.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN