Terengganu berjaya mengekalkan momentum terbaik mereka setakat ini sebelum aksi final Piala FA 2022, setelah mereka menewaskan Melaka United semalam dalam aksi Liga Super menerusi kemenangan besar dilakar.
Keputusan 5-0 diraih pasukan tersebut semalam ketika menewaskan Melaka United di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak itu turut menyaksikan penyerang utama mereka iaitu Tchetche Kipre meledak jaringan hatrik.
KEPUTUSAN MASA PENUH – PERLAWANAN TERTUNDA LS9#LigaSuper2022 pic.twitter.com/0o6vJrcMv4
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 3, 2022
Kipre yang tampil garang menerusi tiga jaringan beliau di separuh masa kedua pada perlawanan itu jelas gembira dengan keputusan diraih Terengganu semalam.
Beliau juga menyatakan para pemain bermain dengan sangat baik sambil menyatakan mereka sebenarnya sudah boleh meraih dua atau tiga jaringan sebelum itu di separuh masa pertama.
🗣️ "This victory is for him (Rahadiazli)."
Dengarkan reaksi ketua pasukan @FCTerengganu, Tchetche Kipre yang meledak hatrik dalam kemenangan 5-0 tadi.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/Yr5gTtYzjf
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 3, 2022
“Saya sangat gembira kerana kami mampu beraksi dengan sangat baik pada perlawanan ini. Awak tahu sebenarnya kami boleh mendapatkan dua atau tiga gol pada separuh masa pertama.
“Banyak peluang yang kami cipta sepanjang perlawanan ini dan mujur kami berjaya menyudahkan lima peluang selepas itu dalam bentuk jaringan,” jelas Kipre.
Kipre juga menyatakan kemenangan semalam ditujukan kepada penjaga gol utama mereka iaitu Rahadiazli Rahalim yang mengalami kecederaan pada perlawanan tersebut sehingga terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke hospital.
“Apa yang paling penting kemenangan ini ditujukan kepada penjaga gol kami yang mengalami kecederaan. Kami harap beliau cepat sembuh dengan cepat.
“Rahadiazli merupakan seorang penjaga gol yang sangat bagus dan pemain yang sangat penting untuk kami. Ya, kemenangan ini untuk beliau. Dia paling layak,” tambah Kipre.
Untuk info semasa, Rahadiazli dikhabarkan sudah pun terjaga daripada koma sebelum itu setelah penjaga ini mengalami kecederaan amat serius setelah berlanggar dengan pemain lawan.
Menurut perkhabaran daripada saudara Joe Rozi di Twitter, keadaan Rahadiazli juga semakin stabil setelah beliau sedar dan perkara pertama diajukan oleh penjaga gol itu mengenai keputusan penuh perlawanan.
SEMOGA CEPAT SEMBUH RAHADIAZLI
Sama-sama kita doakan agar penjaga gol kita, kecederaan Rahadiazli Rahalim tidak serius dan mendoakan agar beliau kembali sembuh seperti sediakala. #TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/QULnczFWF0
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) September 3, 2022
“First thing yang abey tanya kite menang dok tadi boh? And I said all players play for you tonite and yes kite menang malam ini. Anyway, doctor still still monitor his progress,” jelas kenyataan tersebut.