3 Pemain Paling Menyerlah Dalam Aksi Pertemuan Selangor Dan JDT

Saingan Liga Super 2022 kembali bersambung semalam dengan pertemuan membabitkan antara Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.

Pada aksi semalam, kedua pasukan saling terikat 1-1 dengan Bergson da Silva terlebih dahulu meledak jaringan menerusi sepakan penalti pada separuh masa pertama perlawanan.

Selangor kembali menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi jaringan penyerang import mereka iaitu Herlison Caion dan keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Pada perlawanan tersebut, JDT dilihat sukar untuk menyesuaikan diri dengan permainan apabila tidak banyak ancaman berbahaya dapat dilakukan mereka sepanjang permainan.

Manakala Selangor pula menghadapi masalah di bahagian serangan apabila mereka melepaskan banyak peluang terhidang untuk memberi kelebihan buat pasukan.

Ini tiga pemain yang memberi impak positif sepanjang perlawanan tersebut untuk membantu pasukan masing-masing meraih sesuatu.

Arif Aiman Hanapi

Tonggak serangan ini menjadi satu-satunya pemain yang memberi impak positif dalam aksi semalam menerusi kelincahan beliau sepanjang perlawanan.

Gerakan Arif Aiman juga berjaya memberi penalti buat JDT setelah kelicikan beliau memaksa pertahanan Selangor terpaksa menjatuhkan dirinya sekaligus memberi gol pertama buat JDT di separuh masa pertama.

Tatkala ramai pemain JDT dilihat buntu untuk melepasi rangkaian pertahanan Selangor, Arif tampil konsisten untuk mencuba sesuatu menerusi hantaran-hantaran lintang termasuk ancaman dalam petak penalti.

Richmond Tetteh Ankrah

Pertahanan import Selangor ini berjaya mematikan banyak ancaman lawan pada perlawanan semalam dengan sangat baik.

Memiliki ketenangan yang baik di bahagian pertahanan, Richmond juga bijak menggunakan kekuatan fizikal beliau untuk menyekat kemaraan Bergson da Silva daripada melakukan sesuatu.

Richmond juga sangat efektif untuk memenangi bola di udara serta bergandingan dengan sangat baik bersama pemain senior lain meskipun tampil daripada Selangor 2 di Liga Premier.

Brendan Gan

Kapten Selangor ini memainkan peranan yang sangat penting untuk tidak membiarkan pasukan lawan mendominasi di bahagian tengah sepanjang perlawanan.

Umum diketahui, JDT merupakan pasukan yang mempunyai barisan tengah yang sangat baik dalam saingan Liga Malaysia menerusi pemain-pemain mereka berkualiti tinggi.

Selain mampu meneutralkan ancaman lawan dengan sangat baik di bahagian tengah, Gan juga menjadi pemain yang sangat penting di bahagian serangan menerusi hantaran-hantaran berkualiti beliau kepada barisan serangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN