Taylor Regan: Cakap Sahaja Memang Mudah

Taylor Regan Selangor 2019

Ketua pasukan Selangor, Taylor Regan menyatakan yang sasaran untuk layak ke kejohanan di peringkat Asia meletakkan pasukan perlu memenangi sama ada liga ataupun Piala FA pada musim hadapan.

Ia bukan satu tugas yang mudah buat Selangor kerana di dalam liga ketika ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) sangat konsisten seperti yang telah dipamerkan – enam kali juara berturut-turut sejak 2014.

Jadi, pilihan buat Gergasi Merah adalah untuk memenangi kejuaraan Piala FA ataupun muncul sebagai naib juara Liga Super 2020 dengan tiga slot ke Asia ditawarkan bermula pada musim hadapan.

Dengan Selangor sudah menambah baik pasukan ketika ini, Taylor Regan sudah mula merasai angin perubahan dalam skuad baharu ini dan akan cuba untuk memenangi sesuatu untuk penyokong.

“Saya rasa pada musim ini kita telah menambah lagi karekter pasukan dengan mentaliti yang sedikit berbeza iaitu kita nampak lebih bekerja keras,” ujar pertahanan kental berusia 31 tahun itu.

“Selepas menamatkan musim di kedudukan ketiga tempohari dan dengan pemain yang dibawa masuk [musim baharu], kita perlu buat lebih baik,” tambahnya kepada New Straits Times.

Taylor-Regan-Selangor-2019-1
FOTO: FA Selangor

“Saya rasa penyokong kita mahukan dan layak untuk satu kejuaraan musim ini tetapi ianya mudah untuk bercakap berbanding untuk lakukan kerana JDT sangat konsisten,” ujar Taylor Regan.

Kali terakhir Selangor merasai nikmat kejuaraan adalah pada tahun 2015 iaitu ketika menjulang Piala Malaysia sementara untuk liga pula adalah pada 2010 dan kejuaraan Piala FA pada 2009.

Dengan kemasukkan pemain berkualiti seperti pemain tengah skuad kebangsaan, Brendan Gan dan pemain Singapura, Safuwan Baharudin, pastinya satu kejuaraan perlu dijulang nanti.

Bercakap mengenai tugasnya sebagai kapten, pemain kelahiran Australia itu mengakui sejak 15 tahun lalu, mana-mana pasukan yang disertainya akan melantiknya sebagai kapten pasukan.

Tidak segan untuk melontarkan suara dan pandangannya kepada rakan sepasukan menjadikan dirinya lebih ke hadapan dan mungkin atas sebab itulah beliau telah dipilih oleh B. Satiananthan.

“Tanpa memakai armband sekalipun, saya akan lakukannya [bercakap dalam padang] tetapi menjadi kapten Selangor adalah sangat besar maknanya buat saya,” jelas Taylor Regan lagi.

Kredit Foto: FA Selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN