Taylor Regan Beri Cadangan Jadual Suku Akhir Piala Malaysia Dipinda

Regan

Kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang bermula pada hari Khamis ini bakal menemukan skuad negara menentang Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu kemudiannya akan kembali ke tanah air bagi menghadapi cabaran Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Bukit Jalil pada 10 September nanti.

Kesebelasan utama skuad kebangsaan ketika bertemu Jordan tempoh hari. Kredit foto: Aremilworks

Selesai dua tugasan tersebut, para pemain negara akan kembali ke pangkuan pasukan masing-masing untuk menamatkan dua lagi perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2019.

Namun, jadual ketat yang terpaksa dilalui pemain kebangsaan itu mencuri tumpuan pertahanan import Selangor, Taylor Regan dengan memberikan cadangan agar tarikh aksi suku akhir Piala Malaysia 2019 dapat dipinda.

Cadangan itu bertujuan bagi membolehkan para pemain yang berjuang untuk negara mendapat rehat yang secukupnya sekaligus mengelakkan mereka daripada mudah terdedah dengan kecederaan.

Kebimbangan pemain import berusia 30 tahun kelahiran Australia itu disuarakannya menerusi akaun Twitter rasmi milik beliau.

27 orang pemain [termasuk tiga yang diketepikan] telah menyertai sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM bermula 25 Ogos dan satu perlawanan persahabatan telah dilalui mereka [bertemu Jordan] pada 30 Ogos lalu.

Kredit foto: FA Selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN