Tanpa Sentuhan Nafuzi Zain, Kedah Hadapi Misi Sukar Untuk Berdepan Terengganu

Pengendali Kedah Darul Aman (Kedah), iaitu Nafuzi Zain antara yang sah tidak akan mengikuti rombongan Sang Kenari ke Terengganu untuk aksi seterusnya dalam saingan Liga Super 2023.

Nafuzi ketika ini masih lagi menjalani hukuman penggantungan sejak aksi bertemu Sabah pada 6 Jun lalu lagi dan kini ianya diteruskan untuk perlawanan seterusnya berdepan Terengganu.

Maka ianya menjadi tugas getir buat Sang Kenari dalam usaha mereka untuk meneruskan momentum kemenangan pada aksi seterusnya tanpa sentuhan daripada pengendali muda tersebut.

Ketika ini Kedah berada dalam landasan terbaik untuk mencatat kemenangan kali ketiga berturut-turut bagi menghidu peluang memperbaiki kedudukan Liga Super di tempat ketiga.

Bawah kendalian Nafuzi, Kedah dilihat berjaya mengubah struktur permainan kepada lebih positif menerusi rombakan besar dibuat pasukan tersebut sejak awal musim.

Selain Nafuzi, Sang Kenari dilaporkan turut kehilangan dua tonggak utama mereka untuk aksi berdepan Terengganu iaitu Manuel Gelito Ott serta perancang naturalisasi kebangsaan, Lee Andrew Tuck.

Ini kerana kedua pemain tersebut juga sah menjalani hukuman penggantungan sama seperti Nafuzi dan ianya bakal memberi tekanan besar buat pasukan tersebut dalam usaha mendapatkan tiga mata penuh.

“Memang kita terasa dengan ketiadaan Manuel Ott, Lee Tuck dan juga saya sendiri dalam pasukan yang akan berdepan Terengganu pada 3 Julai ini dan ini adalah satu misi yang berat buat kami yang akan beraksi di tempat lawan kerana kita tahu mereka adalah satu pasukan yang hebat dan memiliki pemain berpengalaman.

“Kita juga tahu mereka (TFC) adalah satu pasukan yang susah untuk ditewaskan apabila beraksi di laman sendiri dan boleh lihat perkembangan persembahan mereka juga kini semakin meningkat dari segi keupayaan dalam liga.

“Perlawanan ini dijangkakan berbeza jika dibandingkan dengan keadaan semasa kali pertama kami menentang mereka di Stadium Darul Aman sebelum ini dan kita boleh lihat banyak peningkatan yang ditunjukkan mereka dalam aksi kebelakangan ini,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Nafuzi turut mengingatkan para pemain supaya menggandakan usaha mereka jika ingin mendapatkan keputusan positif di gelanggang lawan serta tidak mahu dipintas pasukan lain dalam kedudukan liga.

“Jadi kita perlu beri tugas ini pada pemain lain untuk memainkan peranan terbaik mereka bagi menggantikan posisi itu yang mana kita tahu pemain tempatan lain juga perlu membuktikan kemampuan mereka bersasarkan pengalaman yang mereka ada.

“Jika kita mahukan keputusan yang positif, maka kita perlukan kekalkan persefahaman yang baik serta terus fokus untuk memastikan pasukan mendapat keputusan yang positif,” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN