Aksi Liga Super 2023 terus bersambung dengan kali ini membabitkan pertemuan antara Perak dan PDRM di Ipoh untuk menentukan pasukan mana layak mendapat tiga mata penuh atau masing-masing sekadar terikat seri.
Perak yang kini dikendalikan oleh Yusri Che Lah tampil dengan tidak begitu banyak perubahan dalam corak permainan setelah masih mengekalkan kekalahan dua kali berturut-turut kepada Terengganu serta Kedah Darul Aman (Kedah).
⚔️ | IT’S MATCHDAY! – LIGA SUPER 2023 🏆
We are here in Ipoh to face off against Perak FC at the Perak Stadium! Kick off time is 9:00pm! 🔵🔴
You can catch the game LIVE on RTM TV2 and RTM Sukan! 📺#pdrmfc #sangsakabiru #upthecops #atourownpace #prkpdrm pic.twitter.com/11oFjixJnc
— PDRM Football Club (@officialpdrmfc) June 23, 2023
Setelah prestasi ditampilkan oleh Datuk Lim Teong Kim kurang menyakinkan, pengurusan Perak mengambil keputusan untuk melantik Yusri bagi memegang kembali tampuk kejurulatihan utama pasukan tersebut.
Selain Perak, lawan mereka untuk aksi malam ini turut mempunyai cerita seakan sama dengan PDRM turut menyingkirkan jurulatih utama iaitu Azzmi Aziz beberapa hari lalu.
Ianya dianggap sangat mengejutkan kerana PDRM musim ini tampil dengan sangat menyakinkan bawah kendalian beliau menerusi beberapa kejutan dilakar mengatasi pasukan elit.
Walaupun tanpa barisan pemain bintang, PDRM tetap menampilkan aksi berkualiti serta menyingkirkan Kedah, Sabah, serta Selangor dalam aksi Liga Super.
Malah, Azzmi juga memastikan PDRM sebagai pasukan bukan belasahan untuk tewas tipis sahaja kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) berbanding kelab lain yang menjadi mangsa amukan Harimau Selatan musim ini.
Berita tentang perpisahan Azzmi bersama PDRM jelas sesuatu yang sangat mengejutkan, selepas ianya turut tidak diumumkan secara rasmi menerusi media sosial pasukan dan pengendali tersebut turut bingung dengan isu tersebut.
‘Tergantung Sepi’ – PDRM Berhutang Penjelasan Berasas Dengan Azzmi Aziz
Tanpa kelibat Azzmi, pastinya ada perubahan yang bakal beraku daripada segi pemilihan pemain serta percaturan taktikal selepas tugas tersebut, Eddy Gapil.
Untuk rekod pertemuan musim ini menyaksikan kedua pasukan terikat seri tanpa jaringan ketika perlawanan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Pastinya Yusri ketika ini sedang merangkai kembali percaturan taktikal dengan lebih baik ketika saingan liga berehat dengan tempoh yang cukup buat pengendali tersebut untuk membuat rombakan.
Untuk PDRM, situasi semasa mungkin sedikit getir buat mereka kerana mereka bakal turun di gelanggang lawan tanpa sentuhan magis daripada Azzmi yang sangat cemerlang untuk musim pertama beliau dalam saingan Liga Super 2023.
Apapun, dijangka aksi sengit antara kedua pasukan ini akan berlaku sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung, kerana masing-masing mempunyai misi tersendiri untuk merebut tiga mata penuh.