Ketum PSSI Mahu Dunia Lihat Bola Sepak Indonesia Bangkit Daripada Tidur

Sejarah baharu telah pun dilakar oleh bola sepak Indonesia, selepas kejayaan mereka untuk menjalani aksi persahabatan bersama juara Piala Dunia edisi lalu iaitu Argentina di Jakarta.

Lebih manis, perlawanan tersebut juga disaksikan sendiri oleh ribuan penyokong fanatik Indonesia yang tidak putus bersorak untuk kejayaan skuad kebangsaan mereka ketika berdepan Argentina.

Walaupun tanpa kelibat Lionel Messi, Argentina tetap menampilkan ramai barisan pemain bintang mereka untuk mengatasi pasukan tuan rumah menerusi keputusan 2-0.

Alejandro Garnacho, Cristian Romero, Emiliano Martinez, serta ramai lagi pemain yang beraksi semalam jelas menguasai permainan dengan sangat baik untuk membiarkan Indonesia berkampung di kawasan sendiri.

Walaupun begitu, struktur permainan bertahan Indonesia wajar diberi pujian, selepas mereka berjaya menyerap asakan pelawat dengan begitu cemerlang dan hanya dibolosi dua jaringan.

Walaupun mencatat kekalahan pada perlawanan tersebut, Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir tetap berbangga dengan prestasi dipamerkan oleh Sang Garuda.

Jelas Erick, menerusi aksi tersebut membuktikan bola sepak Indonesia kini sudah pun bangun daripada tidur untuk memberi persaingan kepada Argentina dalam aksi persahabatan.

“Paling penting, bagaimana kini dunia melihat bola sepak kita kembali berkembang untuk bagun daripada tidur.

“Buktinya, pasukan juara Piala Dunia seperti Argentina juga mahu turun ke Indonesia untuk menjalani aksi persahabatan dan telah pun dibuktikan kepada semua,” jelas Erick menerusi CNN Indonesia.

Pada masa sama, Erick turut menyatakan aksi persahabatan menentang Argentina ini merupakan salah satu persediaan mental buat pemain Indonesia selepas ini bagi menghadapi saingan lebih mencabar.

Malah, perlawanan persahabatan ini juga sebenarnya memupuk perpaduan kaum dalam kalangan penyokong untuk bersama-sama turun ke stadium bagi memberi sokongan padu kepada pasukan kebangsaan kesayangan mereka.

“Ini merupakan sebahagian daripada ujian kepada mereka untuk menguji ketahanan mental supaya para pemain sentiasa bersedia untuk perlawanan besar lain.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

“Malah, tahun ini juga Indonesia akan menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia 2026, walaupun kita sasarkan diri layak ke saingan tersebut musim 2038. Tetapi mana tahu kita layak lebih awal?

“Malah aksi persahabatan ini juga memupuk perpaduan penyokong untuk saling bersatu demi negara dengan tidak hanya melihat suku, atau agama melainkan sifat nasionalisme kepada negara,” kata Erick lagi.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN