Sri Pahang seolah-olah tempang pada awal musim ini, selepas ramai pemain mereka yang dilanda kecederaan dan situasi menyaksikan beberapa tonggak utama kini turut tersisih.
Menjelang aksi bertemu PDRM pada saingan liga akan datang, Sri Pahang bakal tampil dengan serba kekurangan selepas mereka sah kehilangan pemain tengah serangan, Sergio Aguero serta tonggak import musim ini iaitu Kevin Ingresso.
Hard luck! 1️⃣ mata di Stadium Darul Makmur#SriPahang#WhereLegendsAreBorn #HakkaClo#posmalaysia pic.twitter.com/L6eSQeQTQe
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) April 1, 2023
Kedua pemain tersebut dilaporkan oleh Arena Metro masih lagi mengalami kecederaan dan terpaksa diketepikan untuk beberapa siri perlawanan akan datang.
Sebelum itu, Sri Pahang juga sah kehilangan khidmat penyerang skuad kebangsaan iaitu Nur Shamie Iszuan yang masih lagi dibelenggu kecederaan dan tidak dapat memperkuatkan pasukan dalam perlawanan rasmi.
Walaubagaimana pun, kelab tersebut dapat menarik nafas lega selepas penyerang import mereka iaitu Lucas da Silva sudah pun kembali pulih daripada kecederaan untuk memulakan aksi pertama ketika menentang Kedah Darul Aman (Kedah).
Mengulas mengenai ketiadaan Aguero dan Kevin bagi aksi akan datang, pengendali Sri Pahang iaitu Fandi Ahmad mengakui situasi semasa agak sukar buat beliau menyusun atur jentera tengah dan serangan.
Malah, kedua pemain tersebut juga belum dipastikan lagi tempoh pulih mereka untuk kembali memperkukuhkan pasukan pada masa akan datang dalam kadar segera.
“Status dua pemain ini agak berat terutama Aguero yang mungkin mengambil masa empat minggu untuk pulih. Manakala tahap kecederaan Ingreso pula masih menunggu laporan perubatan dia sebelum kembali menyertai pasukan.
“Bagi saya ketiadaan dua pemain ini amat dirasai dan ia dapat disaksikan ketika seri 1-1 berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC Sabtu lalu.
“Jentera tengah tidak berada pada prestasi terbaik kerana biasanya Aguero, Ingreso, NorAzam Azih dan Stefano Brundo berada di posisi berkenaan,” katanya.
Aguero kekal Tok Gajah 🤝🏻
Pemain naturalisasi dari 🇳🇮 ini menandatangani lanjutan kontrak untuk kekal di Darulmakmur dan mahu menulis skrip baru dalam kariernya setelah terlepas keseluruhan musim 2022. pic.twitter.com/hFNPSFx17Z
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) January 18, 2023
Pada masa sama, Fandi juga berharap supaya jentera serangan Sri Pahang mampu dipertingkatkan lagi dalam usaha untuk memastikan pasukan terus meraih keputusan positif ketika bertemu PDRM.
“Diharapkan semua pemain dapat beraksi dengan lebih baik dan memanfaatkan segala peluang yang ada untuk memastikan kejayaan mili Sri pahang,” katanya.