Idea Farizal Marlias Cetuskan Usaha PFAM Bantu Pemain Tunaikan Umrah

PFAM

Satu Perjanjian kolaborasi antara Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dan agensi pelancongan haji dan umrah, Skymatt Travel & Services Sdn Bhd telah diadakan dalam satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di Furama Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Program Kembara Umrah & Ziarah PFAM merupakan inisiatif unik PFAM dalam membantu para pemain bola sepak profesional menunaikan ibadah haji dan umrah menerusi pakej yang ditawarkan bersama Skymatt Travel & Services.

Objektif perjanjian kolaborasi ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan selesa kepada ahli PFAM yang bagi tujuan umrah serta membantu ahli dari segi bimbingan serta panduan rohani ketika berada di tanah suci.

Menurut Presiden PFAM, Safee Sali, “Program Kembara Umrah & Ziarah PFAM ini merupakan cetusan idea Farizal Marlias yang merupakan bendahari PFAM. Kami merasakan hal ini merupakan inisiatif yang baik selain daripada melihat aspek kebajikan pemain di atas padang, kita juga ingin memperjuangkan aspek kebajikan di luar padang.”

“Program ini merupakan program yang sangat penting untuk menunjukkan bahawa PFAM sangat prihatin terhadap kebajikan pemain daripada segala sudut” tambah beliau lagi.

PFAM akan terus komited dalam memperjuangkan dan membantu komuniti pemain bola sepak profesional secara keseluruhan dari segi kebajikan dan pembangunan pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN