Tanda Protes, Pemain Royal Antwerp Buat Hal Pakai Jersi Musuh Tradisi Ke Sesi Latihan

Royal Antwerp

Disebabkan Royal Antwerp enggan melepaskannya berhijrah ke Panathinaikos, penyerang pasukan, Didier Lamkel Ze bertindak di luar kotak pemikiran pemain profesional apabila menunjukkan rasa ketidakpuasan hatinya dengan memakai jersi kelab musuh tradisi mereka, Anderlecht ke sesi latihan.

Hanya diturunkan dalam lima perlawanan Liga Jupiler musim ini, Lamkel Ze berhasrat untuk meninggalkan kelab tersebut bagi menyertai bekas pengurus pasukan, Laszlo Boloni yang kini membimbing kelab Liga Super Greece itu.

Tetapi, pengurusan tertinggi Royal Antwerp dilihat tidak mahu melepaskan pemain kelahiran Cameroon tersebut sehingga menyebabkan beliau melakukan perkara tersebut semalam.

Dengan memakai jersi Anderlecht yang tertulis nama bekas pemain pinjaman kelab tersebut, Yannick Bolasie di belakangnya, Lamkel Ze menuju ke pintu masuk pusat latihan dan beliau kemudiannya dihalang oleh pegawai keselamatan daripada memasuki kawasan tersebut.

Akur dan menyedari apa yang dilakukannya itu ‘terpesong’ daripada etika profesional seorang pemain, beliau kemudiannya bertindak membuat permohonan maaf di laman Twitter rasmi Royal Antwerp.

”Saya ingin meminta maaf kepada kelab dan peminat Antwerp kerana mereka adalah penyokong luar biasa yang selalu memberikan sokongan kepada saya.”

”Sekiranya saya memberikan reaksi sedemikian, ia sebenarnya kerana fikiran saya berada di tempat lain.”

”Perpindahan dan semua perkara itu bukan benda yang mudah bagi saya. Saya benar-benar ingin meminta maaf atas sikap saya ini.”

”Tanpa melupakan rakan sepasukan, barisan teknikal yang telah menyokong saya sejak saya tiba di sini.”

”Saya harap dapat diturunkan Antwerp sekiranya pelatih baharu memerlukan khidmat saya. Banyak-banyak terima kasih kepada anda, saya berharap akan cepat kembali semula ke padang untuk beraksi,” ujar Lamkel Ze menurut laporan dikeluarkan BBC.

Dalam perkembangan lain mengenai Royal Antwerp, kelab yang akan beraksi di peringkat 32 saingan Liga Europa bertemu Rangers itu baharu sahaja menamakan pengurus baharu, Franky Vercauteren. Beliau menggantikan Ivan Leko yang memilih untuk berhijrah ke China untuk membimbing Shanghai SIPG.

Kredit featured image: Jef Matthee/DeFodi Images via Getty Image

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan bola sepak semasa:

DC United, Juventus Atau Fenerbahce Destinasi Pilihan Ozil?

Statistik: Merungkai Jumlah Penalti Kelab-Kelab Premier League Sejak 1992

Piala Carabao 2020/21: Manchester City Tunjukkan Man Utd Jalan Keluar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN