Statistik: Merungkai Jumlah Penalti Kelab-Kelab Premier League Sejak 1992

Tajuk artikel ini berbunyi “Statistik: Merungkai Jumlah Penalti Kelab-Kelab Premier League Sejak 1992”. Tetapi sebelum anda meneruskan pembacaan, biarlah kami berterus terang.

Artikel ini sebenarnya mahu merungkai dan melihat perbezaan jumlah penalti yang diberikan kepada kelab-kelab utama di Premier League, khususnya kepada Liverpool dan Manchester United.

Ia berikutan dakwaan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang mendakwa Manchester United memperolehi lebih banyak penalti berbanding sepanjang tempoh lima tahun beliau mengendalikan Liverpool.

Perang saraf

Seperti yang kita ketahui, Liverpool dan Manchester United adalah antara dua seteru terbesar di dalam dunia bola sepak.

Musim ini tiada bezanya. Lebih menarik, kedua-dua pasukan kini terikat dengan 33 mata untuk menduduki dua tangga teratas liga, dengan anak buah Ole Gunnar Solksjaer mempunyai kelebihan satu perlawanan di dalam tangan.

Untuk menambah kehangatan persaingan kedua-dua pasukan dijadualkan akan bertemu sesama sendiri buat kali pertama pada musim ini dalam tempoh 12 hari lagi.

Selain daripada bertujuan mempersoalkan pengadil yang menafikan sepakan penalti untuk Sadio Mane selepas diasak Kyle Walker-Peters dalam kekalahan 1-0 kepada Southampton pada awal minggu ini, komen terbaru dari Klopp juga dilihat sebagai peluru pertama dalam perang saraf terhadap Manchester United yang dilihat telah menemui rentak dan cemerlang sejak beberapa perlawanan lalu.

Walaupun demikian, ia pasti menarik untuk kita merungkai fakta dan mencari kebenaran di sebalik dakwaan Klopp ini.

Sejauh manakah dakwaan oleh Klopp ini?

“Saya dapat tahu Manchester United telah diberikan penalti yang lebih banyak dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, berbanding yang pasukan saya perolehi selama lima tahun setengah,” kata Klopp secara tiba-tiba selepas kekalahan menentang Southampton.

Secara teknikal dakwaan Klopp ini adalah tidak benar. Sejak mengambil alih Liverpool pada Oktober 2015, Liverpool telah diberikan 30 penalti dari 199 perlawanan liga yang dilaluinya.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1346234387566878721

Ole Gunnar Solksjaer pula telah memenangi 27 sepakan penalti dari 75 perlawanan sejak dilantik sebagai pengurus interim menggantikan Jose Mourinho pada Disember 2018.

Namun demikian dari segi purata, dakwaan Klopp ternyata benar. Liverpool memperolehi hanya satu penalti dari setiap tujuh perlawanan. Manakala Solksjaer dan Man United pula memperolehi satu penalti dari tiga perlawanan.

Tiga tahun dari tempoh Klopp memperolehi penalti tersebut adalah tanpa VAR, manakala kebanyakkan sepakan penalti diperolehi oleh Man United adalah pada era VAR.

Secara keseluruhan bagaimanapun, Manchester United bukanlah pasukan yang paling mempunyai banyak penalti sejak lima tahun lalu – walaupun lebih banyak dari Liverpool.

Berdasarkan statistik, Leicester City adalah pasukan yang paling kerap memenangi sepakan penalti (45 kali), diikuti Manchester City (43 kali), sebelum Man United (41) kali dan Crystal Palace (36 kali).

Adakah penalti penentu kejuaraan?

Bolehkah jumlah sepakan penalti menjadi penentu kejuaraan? Kami tidak berpendapat sepakan penalti mampu menentukan kejuaraan.

Pada musim lalu misalnya, Manchester United memiliki jumlah sepakan penalti tertinggi bukan sahaja di Premier League, malah paling tinggi di kalangan lima liga utama di eropah.

Kelab kendalian Ole Gunnar Solkjaer itu tidak muncul juara eropah dan Premier League.

Leicester City juga misalnya memiliki jumlah penalti tertinggi sejak Klopp tiba di Anfield, namun hanya pernah bergelar juara sekali di dalam tempoh itu.

Crystal Palace dan Bournemouth pula tidak pernah hampir untuk mencabar kejuaraan, walaupun masih mengumpul sepakan penalti yang tinggi sejak lima musim lalu.

Anda juga pasti tertanya-tanya, kelab manakah yang paling banyak memenangi penalti sejak penjenamaan semula Liga Inggeris kepada Premier League 1992.

Statistik dari statbunker.com membuktikan Liverpool masih lagi merupakan kelab yang memperolehi paling banyak sepakan penalti dalam perlawanan, iaitu sebanyak 160 sepakan sejak 1992.

Ini diikuti oleh Manchester United dengan 153 sepakan diberikan pengadil. Walaupun memiliki jumlah sepakan yang lebih sedikit dalam tempoh 27 tahun ini, Manchester United menggungguli kejuaraan Premier League dengan 13 trofi.

Sebaliknya yang berlaku ketika Manchester United memperolehi sepakan penalti yang lebih tinggi pada musim lalu apabila Liverpool bergelar juara buat kali pertama pada era Premier League.

Rumusan

Bersandarkan hakikat ini, maka kerisauan Jurgen Klopp mengenai jumlah penalti akan mempengaruhi kejuaraan adalah tidak relevan.

Kerana akhirnya, pasukan yang tampil paling konsisten pada pengakhir musim lebih layak dinobatkan kejuaraan.

Tetapi ada apa dengan Man United?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN