Isu Pendaftaran Seydi, TSAM Mahukan FMLLP Berhenti Berdolak Dalik!

Tan Sri Annuar Musa masih tidak berputus asa untuk cuba mendaftarkan Seydi El Imam ke dalam pasukan Kelantan. Ini berikutan aksi hambar oleh Celin.

Namun untuk pengetahuan semua, jendela perpindahan pertengahan musim sudah ditutup. Jadi, agak mustahil untuk melihat perkara itu berlaku.

Sebelum ini, pihak FMLLP mengarahkan KAFA melunaskan tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan beberapa cukai.

Dek kerana kegagalan ini, dokumen yang disertakan KAFA untuk mendaftarkan pemain import kedua dalam jendela perpindahan Jun dianggap tidak lengkap.

Tan Sri Annuar Musa sebelum ini membidas FMLLP yang dianggap beliau seakan-akan cuba melemahkan pasukan Kelantan. Ini kerana mereka terpaksa menyimpan pemain yang tidak cergas seperti Celin.

Dalam muatnaik status beliau malam semalam, Tan Sri Annuar Musa bersuara sekali lagi. Beliau ingin tahu, adakah FMLLP akan membenarkan pendaftaran Seydi jika KAFA berjaya mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap.

Antaranya ialah dokumen yang menunjukkan semua tunggakan KWSP dan LHDN dibayar. Beliau berkata:

“KAFA tolong tanya FMLLP apakah kiranya KAFA berjaya melunaskan tunggakan KWSP, LHDN dan lain-lain atau mendapat surat clearance maka FMLLP akan membenarkan KAFA dan meluluskan pendaftaran Seydi El Imam tanpa alasan lagi.”

“Biar jelas!”

TSAM: “Tiada istilah give-up dalam kamus anak Kelantan!”

Tan Sri Annuar Musa juga memberitahu yang mereka akan cuba sedaya upaya untuk memastikan Syedi Imam dapat didaftarkan.

“Jika ia benar, kami rakyat Kelantan akan bersusah payah (struggle) dan usahakan (untuk melunaskan tunggakan / mendapat surat clearance).”

“Insha Allah. ‘Give up’ (berputus asa) tidak ada dalam istilah kamus kami anak Kelantan. Sila nyatakan, jika ia benar. Jangan berdolak dalik lagi.”

Apa pula respon FMLLP tentang hal ini selepas ini? Sama-samalah kita tunggu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN