11 Idaman Daripada Bekas Pemain Lyon Yang Masih Aktif Bermain

Olympique Lyon antara kelab yang terus mengeksport bakat sensasi ke luar. Jom kami kongsikan kesebelasan yang boleh dibentuk oleh pemain-pemain yang mereka jual ini.

1. Penjaga gol – Hugo Lloris

Pemain berusia 30 ini kini beraksi untuk Tottenham Hotspur. Menjadi penjaga gol nombor 1 di Perancis. Beliau bermain 4 musim ataupun 195 perlawanan untuk Lyon, menang 3 Anugerah Sarung Tangan Emas Ligue 1.

2. Francois Clerc – Bek kanan

Pemain berusia 34 tahun antara bek kanan terbaik Lyon. Namun selepas 9 tahun bersama Lyon, Clerc tidak berpuas hati dengan cara Lyon mengendalikan kontrak baru beliau.

Clerc akhirnya menyertai Nice secara percuma pada 2010. Pada ketika itu AC Milan turut memburu pemain tersebut. Tetapi Clerc memilih untuk kekal di Perancis.

3. Bek tengah – Samuel Umtiti

Pemin muda ini menjadi bek tengah utama Barcelona musim lalu. Beliau dijual ke Barcelona selepas 170 kali bermain untuk Lyon.

4. Bek tengah – Dejan Lovren

Pemain yang dijual ke Southampton kerana dikatakan kurang kompetensi. Namun ketika di Southampton beliau menjadi antara bek tengah terbaik di Eropah. Kini beliau bermain untuk Liverpool. Lovren bermain 102 perlawanan untuk Lyon.

5. Bek kiri – Timothee Kolodziejczak

Pemain ini antara bek kiri yang konsisten di Bundesliga. Beliau hanya bermain 14 perlawanan untuk Lyon. Kolodziejczak meninggalkan Lyon selepas gagal bermain lebih banyak perlawanan. Beliau juga cemerlang bersama Sevilla sebelum ini.

6. Tengah – Maxime Gonalons

Selepas beraksi 333 perlawanan untuk Lyon pemain ini meninggalkan kelab tersebut untuk menyertai AS Roma musim hadapan. Gonalons antara pemain yang dalam senarai awal Monchi di Roma. Ramai penyokong Lyon kecewa dengan penjualan ini.

7. Tengah – Corentin Tolisso

Pemain ini juga seperti Gonalons. Menjadi pemain kesayangan penyokong. Tetapi apakan daya Lyon menerima tawaran yang tinggi dari Bayern dan pemain ini sendiri mahu ke kelab gergasi Jerman itu.

8. Tengah serangan – Miralem Pjanic

Pemain berusia 27 tahun ini kini bermain untuk Juventus. Sebelum itu, Pjanic bermain untuk AS Roma selepas meninggalkan Lyon. Pakar sepakan percuma ini bermain 120 perlawanan untuk Lyon. Beliau berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Paul Pogba.

9. Sayap kiri – Anthony Martial

Lyon’s French forward Anthony Martial (C) vies with Kiryat Shmona’s Israeli defender El’ad Gabai during the UEFA Europa League football match Olympique Lyonnais vs AC Kiryat Shmona on December 6, 2012 at the Gerland stadium in Lyon, eastern France. AFP PHOTO PHILIPPE MERLE (Photo credit should read PHILIPPE MERLE/AFP/Getty Images)

Sebelum menjadi sensasi di Monaco, beliau melakukan debut senior di Lyon. Pemain ini antara bakat akademi yang ‘underrated’ ketika di Lyon. Itulah sebab beliau dilepaskan ke Monaco. Beliau kini beraksi bersama Manchester United dan menjadi pemain kebangsaan Perancis.

10. Sayap kanan – Alexandre Lacazette

Selepas kecewa dengan pemergian Gonalons dan Tolisso, kini hati penyokong Lyon semakin remuk melihat seorang lagi bintang mereka pergi. Lacazette sah menyertai Arsenal untuk musim hadapan.

11. Penyerang utama – Karim Benzema

Anda pasti sudah meneka nama ini berada di dalam senarai. Beliau kini menjadi antara ‘super star’ di Eropah. Bermain untuk Real Madrid. Benzema dilepaskan ke Real pada 2009. Rindu pula rasanya dengan Lyon era Juninho ni.

Rumusan

Itulah 11 pemain yang dijual dan dilepaskan Lyon. Kami juga merasakan Michael Essien layak mengisi posisi di tengah itu, namun agak di akhir karier.

Sumber:

Squawka – http://www.squawka.com/news/wp-content/uploads/2015/12/LyonCLU-1.jpg

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN