Tan Sri Annuar Musa Masih Tidak Terfikir Mahu Melakukan ‘Comeback’

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menyatakan beliau masih belum menetapkan keputusan sama ada akan bertanding ataupun sebaliknya – untuk jawatan Presiden KAFA.

Tan Sri Annyar Musa masih belum mengesahkan pencalonan beliau, meskipun namanya sudahpun dicalonkan untuk bertanding dana Kongres Luar Biasa (EGM) – KAFA pada 6 Julai hadapan.

Tan Sri Annuar Musa menyatakan beliau kini fokus kepada tugasan politiknya. Oleh itu beliau masih belum pasti sama ada mahu terjun semula ke kancah pengurusa bola sepak.

Bercakap kepada Bernama, Tan Sri Annuar Musa (TSAM) tidak tahu namanya dicalonkan, dan hanya mengetahuinya daripada akhbar.

Bercakap kepada wartawan, TSAM berkata: “Saya tidak pasti sama ada mahu dipilih ataupun tak. Saya masih belum memikirkan perkara itu.”

“Kita, kalau nak buat sesuatu benda itu kena fikir masak-masak. Saya kena tentukan apakah keutamaan saya, tugas mana yang lebih besar.”

Tan Sri Annuar Musa berpendapat, jawatan Presiden itu harus diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan berminat untuk mengembalikan semula kegemilangan The Red Warriors.

“Sesiapa sahaja yang jadi presiden itu nanti, kenalah cermin diri sendiri untuk memastikan mereka ada keupayaan untuk melaksanakan tugas.”

“Tidak ada makna berebut-rebut jawatan tetapi tidak boleh menjalankan tugas,” tambah beliau lagi.

Tan Sri Annuar Musa perlu mengesahkan pencalonan beliau pada hari ini sebelum 12 tengah hari.

Selain daripada Tan Sri Annuar Musa, calon lain untuk jawatan Presiden ialah Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.

Jawatan Presiden KAFA telah dikosongkan oleh Bibi Ramjani Illias Khan.

Leave a Reply